Rebut peluang tingkatkan keyakinan diri di sebalik cabaran kembali bekerja   

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rebut peluang tingkatkan keyakinan diri di sebalik cabaran kembali bekerja   

Mar 8, 2026 | 3:18 PM

Rebut peluang tingkatkan keyakinan diri di sebalik cabaran kembali bekerja   

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kembali bekerja, hayati
Cik Hayati Suaidi kini berasa lebih yakin untuk meneroka dunia pekerjaan. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Lebih dua tahun lalu, Cik Hayati Suaidi, 54 tahun, meninggalkan pasaran pekerja demi memberi tumpuan kepada kesejahteraannya. 

Tetapi apabila beliau memutuskan untuk kembali bekerja, perubahan teknologi, sistem yang pesat berkembang dan budaya tempat kerja yang kerap berubah membuat beliau hilang keyakinan diri.

Namun demikian, Cik Hayati berusaha menghantar pelbagai permohonan pekerjaan selama lebih setahun, tetapi beliau tidak menerima sembarang jawapan.

Dibelenggu ketidaktentuan, beliau memutuskan untuk menyertai program Women at Work (W@W) anjuran Yayasan Mendaki pada November 2025.

Hanya sebulan selepas menyertai W@W, Cik Hayati kembali ke dunia pekerjaan apabila beliau mendapat pekerjaan bersama Majlis Sukan Singapura (SportSG).

Mengimbas kembali pengalamannya menyertai program itu, Cik Hayati berkongsi:

“Program W@W telah membantu meningkatkan keyakinan saya untuk bekerja. Program tersebut telah menyediakan saya dengan latihan yang relevan menerusi bengkel yang diadakan.

“Ia membantu saya menyusun pemikiran dan menceritakan pengalaman saya dengan jelas. Latihan temu duga mengingatkan saya supaya tidak merendahkan diri sendiri. Ia bukan sekadar tentang penampilan, sebaliknya tentang membina semula harga diri.”

Satu anjakan minda yang paling berkesan bagi Cik Hayati adalah apabila jurulatih W@W menekankan bahawa tugas menjaga kebajikan keluarga bukan satu “lubang” dalam resume yang perlu dimalukan.

“Menguruskan rumah tangga atau menjaga orang tersayang memerlukan komitmen, koordinasi, dan kekuatan emosi yang luar biasa. 

“Saya berhenti melihat tahun-tahun tersebut sebagai satu ‘jurang’ dalam pengalaman pekerjaan saya, sebaliknya melihatnya sebagai sebahagian daripada pertumbuhan dan pengalaman saya,” kata beliau yang pernah berhenti kerja pada 2011 hingga 2012 untuk menjaga ibu bapanya.

Kini, Cik Hayati meluangkan masa lapangnya sebagai sukarelawan bersama program W@W untuk memberi sokongan kepada peserta program itu.

Beliau berhasrat memberikan keyakinan kepada semua wanita yang ingin pulang kembali ke dunia pekerjaan. 

“Kita tidak perlu nampak seluruh anak tangga – cukup sekadar ambil langkah pertama. 

“Sentiasa berusaha, dapatkan bantuan dan kelilingi diri dengan sokongan. 

“Percayalah, apa yang ditentukan untuk kita akan muncul pada waktunya,” ujar ibu tunggal itu yang turut bersyukur dengan sokongan daripada anaknya semasa beliau tidak bekerja. 

Program W@W anjuran Mendaki bertujuan memudahkan wanita kembali bekerja, melengkapkan peserta dengan kemahiran bersedia kerja dan menghubungkan peserta dengan industri pengambilan pekerja.

Matlamat program itu memberi tumpuan melengkapkan wanita dengan kemahiran relevan dan membantu mereka membina keyakinan dalam kehidupan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg