Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

SAF kukuh bolehkan S’pura capai aspirasi ekonomi, diplomatik: Presiden Tharman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF kukuh bolehkan S’pura capai aspirasi ekonomi, diplomatik: Presiden Tharman

Singapura komited pertahan kedaulatan undang-undang,
dialog dan rundingan laluan pilihan selesaikan konflik dan pertikaian
Dec 10, 2023 | 02:32 PM



Cabaran keselamatan rumit yang Singapura hadapi boleh diselesaikan sebaiknya melalui pertahanan dan diplomasi.

Maka itu, ia memerlukan pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang kuat, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Keupayaan Singapura untuk melibatkan diri di peringkat serantau dan sejagat adalah berpaksikan kepada keupayaan SAF untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan Singapura, kata Encik Tharman kepada 460 pegawai SAF yang baru dilantik pada 9 Disember.

Dalam ucapan semasa acara perbarisan pentauliahan pegawai kadet di Institut Ketenteraan Safti di Jurong, Encik Tharman menyatakan bahawa asas aturan antarabangsa kini berada di bawah tekanan, tatkala terdapat keperluan untuk bekerjasama di peringkat sejagat berserta kedaulatan undang-undang.

Menurut Encik Tharman, Singapura terus komited untuk memupuk dunia di mana kedaulatan undang-undang dipertahan dan dialog serta rundingan menjadi laluan pilihan bagi menyelesaikan konflik dan pertikaian.

Negara ini turut menyokong kerjasama antarabangsa bagi menghalang krisis daripada berlaku selain bersedia sebelum sebarang kejutan kepada sistem berlaku.

Walau bagaimanapun, keupayaan untuk melibatkan diri dengan negara lain adalah berdasarkan kewibawaan SAF yang Singapura miliki.

Ia harus sentiasa berkembang, mengasah keupayaan dan menggunakan teknologi termaju, tambah beliau.

“Kekuatan ini... meletakkan asas kepada aspirasi ekonomi dan diplomatik kita,” kata Encik Tharman.

Beliau turut memberi contoh evolusi baru-baru ini melibatkan tentera dan tentera udara yang bekerjasama rapat dengan Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) buat kali pertama semasa Latihan Forging Sabre pada September, lapor The Straits Times.


DIS ialah cabang keempat SAF.

Ia ditubuhkan pada Oktober 2022 dan menyediakan risikan tepat pada masanya dan melindungi Singapura daripada ancaman digital seperti serangan siber dan peperangan elektronik.

Julai lalu, tentera laut menerima kapal selam Invincible kelas pertama bernama Impeccable, yang lebih berdaya tahan, sensor yang dipertingkat dan julat muatan yang lebih luas.


Menurut Encik Tharman, lebih daripada sudut teknologi dan struktur organisasi, kemahuan bersama serta semangat juang anggotanya itulah yang benar-benar mentakrifkan SAF.

“Yang nyata, kekuatan tentera kita pada dasarnya terletak pada kekuatan orang kita.

“Dan ia memerlukan kepimpinan yang baik untuk memberi motivasi kepada orang kita, khususnya generasi anggota kerahan negara, dan untuk membangun serta memanfaatkan kebolehan mereka bagi mencapai potensi penuh,” ujar beliau.

Beliau menyatakan bahawa anggota kerahan SAF sentiasa menyahut seruan tugas dan memenuhi misi mereka.

Ia tidak kira sama ada untuk memberi tindak balas terhadap ancaman bom bagi jet komersial atau untuk mempertahankan diri daripada ancaman siber melibat prasarana kritikal.

SAF turut menyediakan bantuan kemanusiaan kepada negara yang memerlukan dan menyokong agensi lain dalam menangani pandemik, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >