Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sebelum terima panggilan, semak dan tolak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah banteras penipuan dalam talian

Sebelum terima panggilan, semak dan tolak

Panggilan mengancam daripada polis? 
Dec 28, 2023 | 09:42 AM



Anda menerima panggilan kecemasan daripada polis atau bank? Berikut adalah cara mengenali panggilan berunsur penipuan.

Penipuan penyamaran pegawai pemerintah merupakan antara jenis penipuan yang banyak berlaku di Singapura dengan kerugian purata tertinggi sekitar $116,000.

John (bukan nama sebenar), 59 tahun, fikir beliau sedang memberi kerjasama kepada polis. 

Beberapa siri panggilan kecemasan daripada badan pemerintah, yang sepatutnya – dua orang “pegawai polis”, seorang “pegawai mahkamah” dan seorang lagi “juruaudit”, mendakwa diri mereka sebagai Penguasa Kewangan Singapura – meyakinkan seorang bapa dua anak itu bahawa beliau terlibat dalam siasatan pengubahan wang haram.

Lebih memeranjatkan, beliau juga menerima dokumen mahkamah yang direka atas “kesalahan” yang dilakukan. 

John, yang telah menetap di Singapura selama lebih 17 tahun dan bekerja dalam sektor perkhidmatan kewangan, sebenarnya tahu dia tidak membuat apa-apa kesalahan. Tetapi, beliau cemas dan terdesak membersihkan nama baiknya.

Lalu, beliau menyerahkan butiran perbankan miliknya, dengan harapan membantu siasatan. 

Beliau mungkin kehilangan lebih daripada $1 juta angkara penipuan, sekiranya pihak bank tidak memberi amaran terhadap transaksi mencurigakan, yang menggunakan maklumat perbankan beliau.

Pengalaman hampir rugi ini menunjukkan trend yang membimbangkan: Penipuan penyamaran badan pemerintah semakin meningkat dengan 369 kes yang dilaporkan pada penggal pertama, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) – kes melonjak daripada 320 dalam tempoh yang sama tahun lalu. Penipuan tersebut juga mencatatkan purata kerugian tertinggi, kira-kira $116,000.


Mengapa penipuan ini terjadi?


Kebiasaanya, penipuan berbentuk penyamaran ini disertakan dengan “pelbagai lapisan kaedah penipuan yang berasaskan dakwaan kesalahan jenayah,” kata Superintenden Polis Rosie Ann McIntyre, Penolong Pengarah Jabatan Operasi, Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, SPF.

Mangsa berasa ketakutan dan lebih mudah mematuhi permintaan berkaitan wang. 

Bagi mendapatkan kepercayaan mangsa, penipu yang menyamar sebagai pegawai SPF mungkin:

* Mengirim imej kad waran SPF palsu melalui aplikasi seperti WhatsApp

* Menghantar dokumen rekaan seperti laporan atau surat palsu yang disertakan dengan kepala surat SPF. Dokumen tersebut mungkin mengandungi maklumat peribadi yang didedahkan semasa perbualan sebelum ini. 

* Memulakan panggilan video dengan memakai pakaian seragam SPF yang palsu.

Bagaimana anda boleh membezakan antara pertanyaan rasmi daripada percubaan menipu? “Tiada agensi pemerintah yang akan meminta kawalan ke atas akaun anda, butiran akaun bank dan meminta anda memindahkan wang ke dalam satu akaun yang lain,” jelas Superintenden Polis McIntyre.

“Pegawai SPF tidak akan sesekali memperkenalkan diri dengan menghantar imej kad waran ataupun dokumen yang disertakan dengan kepala surat polis melalui sebarang saluran komunikasi dalam talian.”




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >