Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sekolah Menengah Outram pindah ke Sengkang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE umum beberapa perubahan kepada sekolah dan prasekolah bagi tangani perubahan permintaan di pelbagai kawasan

Sekolah Menengah Outram pindah ke Sengkang

Jan 16, 2024 | 04:41 PM



Sekolah Menengah Outram (OSS) akan dipindahkan ke kampus barunya di Anchorvale Crescent di Sengkang pada 2026 bagi menampung permintaan lebih tinggi di kawasan timur laut Singapura.

Meskipun merupakan antara sekolah yang lama di Singapura, OSS yang kini terletak di York Hill, tidak akan menerima pelajar Menengah 1 pada 2025. Ini disebabkan permintaan yang semakin berkurangan di kawasan itu. 

Ia akan mula menerima pelajar di kampus barunya mulai 2026.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan penempatan sekolah dan prasekolah yang diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) pada 16 Januari, bagi menangani permintaan yang berubah-ubah di pelbagai kawasan di negara ini. 

Selain penempatan semula beberapa sekolah MOE turut mengumumkan pembukaan dan penutupan beberapa sekolah lain, yang ditetapkan antara penghujung 2024 dan 2029.

Dalam kenyataannya, MOE berkata semakan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan tempat di sekolah dan prasekolah kekal mencukupi, di samping memastikan ia mengekalkan kualiti pendidikan dan persekitaran pembelajaran.

Proses semakan ini mengambil kira faktor seperti trend demografi serta ketersediaan ruang pendidikan semasa.

“Dalam semakan ini, faktor seperti populasi semasa dan unjuran serta ketersediaan tempat sekolah dan prasekolah dipertimbangkan.

“Selain memastikan tempat yang mencukupi untuk keluarga dan pelajar kami, kami juga berusaha untuk menyediakan program dan persekitaran pembelajaran yang berkualiti untuk pelajar kami,” kata MOE.

Selain OSS, Sekolah Rendah (KPS) Kranji dan Tadika MOE (MK) @ Kranji juga akan dipindahkan dari Choa Chu Kang ke kampus baru di Tengah menjelang 2028.


Pemindahan ini disebabkan lebihan tempat sekolah di Choa Chu Kang North. Justeru, menurut MOE, KPS dan MK@Kranji akan berhenti menerima murid Darjah 1 dan Tadika 1 (K1) mulai 2025.


Kampus baru di Tengah akan mula beroperasi pada 2028, dan ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka semasa latihan pendaftaran 2027.


Sementara itu, bagi menampung permintaan yang semakin meningkat di kawasan Bukit Batok West, MOE mengumumkan bahawa sebuah tadika MOE baru, MK@Bukit View, akan dibuka di dalam kampus baru Sekolah Rendah Bukit View pada 2028.


Sejajar dengan penyiapan beberapa projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Tampines North, sebuah sekolah rendah dan MK baru juga dijadualkan untuk memulakan operasi di kawasan itu menjelang 2029.


Dalam pada itu, MOE turut mengumumkan penutupan MK@Blangah Rise disebabkan permintaan bagi prasekolah yang semakin merosot di kawasan itu. 


MK@Blangah Rise, salah satu daripada lima MK pertama yang ditubuhkan pada 2014 untuk menyediakan pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berpatutan, telah berhenti menerima permohonan K1 dan tidak akan mempunyai kohort K1 mulai 2024.


MOE berkata ia beriltizam untuk bekerjasama rapat dengan para pendidik dan kakitangan daripada institusi yang terjejas bagi memastikan peralihan yang lancar.


“Jika perlu, mereka mungkin ditempatkan semula ke institusi pendidikan lain untuk menyokong keseluruhan keperluan organisasi dan tenaga kerja kami,” tambah MOE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >