Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Semua syarikat binaan diselaras di bawah satu sistem

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua syarikat binaan diselaras di bawah satu sistem

Mar 05, 2024 | 07:20 PM



Semua syarikat binaan yang menggajikan pekerja asing perlu berdaftar di bawah Sistem Pendaftaran Kontraktor (CRS), dalam langkah menyeragamkan syarat-syarat bagi kedua-dua sektor awam dan swasta.

Buat masa ini, syarikat boleh menggajikan pekerja binaan asing dengan berdaftar melalui tiga wadah – CRS, Skim Perlesenan Pembinaan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) dan Senarai Subkontraktor Perdagangan Singapura.

Syarikat yang ingin terlibat dalam projek sektor awam perlu berdaftar di bawah CRS yang dikendalikan BCA.

Tiga wadah tersebut mempunyai syarat kemasukan berbeza dari segi modal dan rekod prestasi, atau dari segi nilai projek pembinaan yang sudah diselesaikan.

Ini bermakna kemungkinan ada syarikat tertentu yang mendapati menggajikan pekerja binaan asing di bawah wadah tertentu lebih mudah berbanding wadah lain, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Tambahan lagi, syarikat yang menggajikan pekerja warga Malaysia atau Singapura sahaja tidak perlu melakukannya melalui wadah-wadah tersebut, atau tidak perlu memenuhi syarat yang ditentukan BCA atau di bawah Kesatuan Kontraktor Singapura.

Dengan meletakkan semua syarikat binaan di bawah CRS, BCA boleh menetapkan piawaian mutu, tenaga kerja, produktiviti dan inovasi rentas industri pembinaan dengan lebih berkesan, kata Encik Lee.

Menurut jurucakap BCA, sekitar 11,000 syarikat kini berdaftar di bawah CRS dan ia menjangkakan lebih 7,000 syarikat untuk menyertai sistem tersebut selepas perubahan itu berkuat kuasa.

Pihak berkuasa juga akan memperketat syarat kemasukan bagi CRS bagi memastikan syarikat yang berdaftar mempunyai keupayaan kewangan dan pengalaman untuk terus beroperasi, tambahnya.


Butiran lanjut mengenai langkah tersebut akan diumum lewat 2024.


Berhubung usaha membantu sektor binaan menuju ke arah kemampanan, pemerintah akan melanjutkan Geran Penjimatan Tenaga (EEG) bagi industri binaan hingga akhir 2024, menurut Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah.

Geran tersebut memadankan dana pelaburan dalam peralatan jimat tenaga yang dikeluarkan syarikat.

Syarikat yang layak memanfaatkan EEG adalah yang berdaftar dan beroperasi di Singapura dengan sekurang-kurangnya 30 peratus pemegang saham tempatan dan sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan.

Ini selain keuntungan tahunan tidak melebihi $500 juta.

EEG akan diagihkan melalui dua peringkat.

Di peringkat asas, syarikat setempat yang layak boleh menerima sokongan pendanaan sehingga 70 peratus untuk memperolehi peralatan binaan yang jimat tenaga bernilai sehingga $30,000.

Peringkat seterusnya adalah untuk syarikat yang ingin membuat pelaburan lebih tinggi – sehingga $350,000 – untuk penjimatan tenaga.

Geran itu ditentukan berdasarkan komitmen penjimatan tenaga atau sehingga 70 peratus kos peralatan, mana-mana yang lebih rendah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >