Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee temui mantan PM Britain, siswa S’pura dalam lawatan kerja

Turut tinjau pendekatan pelbagai disiplin di Imperial College London
Oct 29, 2025 | 7:01 PM
SM lee Hsien Loong, imperial college london
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (depan), berinteraksi dengan pelajar Singapura yang sedang menuntut di Imperial College London (ICL) pada 28 Oktober. - Foto FACEBOOK LEE HSIEN LOONG

Menteri Kanan (SM), Encik Lee Hsien Loong, bertemu mantan Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak, dalam satu jamuan makan tengah hari, serta berinteraksi dengan beberapa pemimpin perniagaan Britain dari sektor teknologi dan korporat pada 28 Oktober, sempena lawatan kerja beliau ke negara itu.

Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pad 29 Oktober menjelaskan demikian sambil menambah SM Lee turut melawat School of Convergent Science (SCS) di Imperial College London (ICL) untuk bertemu siswa Singapura yang sedang menuntut di institusi tersebut.

Dalam satu hantaran Facebook pada 29 Oktober, SM Lee berkata beliau dapat mempelajari pendekatan pelbagai disiplin sekolah itu dalam aspek pengajian tinggi.

“Institusi itu menggabungkan pelbagai bidang bagi menangani cabaran sejagat yang kompleks, dengan penyelidikan merangkumi kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan, teknologi kesihatan, angkasa lepas dan keselamatan,” tulisnya.

Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana dapat berinteraksi dengan pelajar Singapura yang sedang menuntut di ICL, mendengar pengalaman, cita-cita serta projek yang mereka jalankan.

Selain itu, beliau turut menemui tokoh-tokoh syarikat pemula teknologi mendalam di sana dengan ditemani pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi Singapura, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Enterprise Singapore, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Temasek.

SM Lee berada di Britain dari 25 hingga 28 Oktober.

Pada hari pertamanya di sana, SM Lee telah bertemu beberapa pemimpin kanan politik Britain dan menghadiri dialog di Chatham House, Institut Diraja Hal Ehwal Antarabangsa.

Dalam sesi tersebut, SM Lee menekankan usaha Singapura menegakkan sistem antarabangsa berasaskan peraturan di tengah-tengah persekitaran sejagat yang semakin kompleks dan tidak menentu.

“Beliau (SM Lee) juga menegaskan kepentingan memperkukuh kerjasama pelbagai hala bagi meningkatkan daya tahan ekonomi dan menangani cabaran sejagat,” tambah kenyataan MFA.

SM Lee turut menekankan mengenai hal perdagangan, di mana terdapat keperluan untuk mengekalkan kerjasama pelbagai hala bagi memperkukuh daya tahan ekonomi dan menangani cabaran sejagat.

Daripada sudut keselamatan pula, SM Lee berkongsi perspektif Asia tentang bagaimana negara-negara boleh berusaha mengekalkan hubungan dengan kedua-dua Amerika Syarikat dan China bagi memupuk kemantapan serta kemakmuran serantau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg