S’pura akan longgarkan langkah kawalan terhadap virus Nipah mulai 23 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura akan longgarkan langkah kawalan terhadap virus Nipah mulai 23 Feb

Pemeriksaan suhu badan di lapangan terbang, pelabuhan laut akan dihentikan
Feb 20, 2026 | 7:02 PM

S’pura akan longgarkan langkah kawalan terhadap virus Nipah mulai 23 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
virus, nipah, virus Nipah Singapura, CDA Singapore, sekatan virus Nipah, wabak Nipah India, simptom virus Nipah, kesihatan awam Singapura, Kad Ketibaan SG
Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) akan menghentikan langkah pemeriksaan suhu badan di lapangan terbang dan pelabuhan laut bagi penerbangan dan kapal yang tiba dari kawasan terjejas. - Foto fail

Singapura akan melonggarkan beberapa langkah kawalan terhadap virus Nipah secara berperingkat mulai 23 Februari, dengan setakat ini tiada kes berkaitan wabak di India itu dilaporkan di sini.

Dalam satu kenyataan pada 20 Februari, Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) berkata ia akan menghentikan langkah pemeriksaan suhu badan di lapangan terbang dan pelabuhan laut bagi penerbangan dan kapal yang tiba dari kawasan terjejas.

CDA juga akan menghentikan pengeluaran panduan kesihatan berkaitan kepada pelawat di semua pintu masuk negara.

Ini merupakan sebahagian daripada langkah kesihatan awam yang diperkenalkan pada Januari susulan wabak di Bengal Barat, India.

Beberapa negara di Asia telah meningkatkan langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan penyakit tersebut selepas pihak berkuasa India mengesahkan bahawa dua individu telah dijangkiti.

Susulan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada 6 Februari bahawa seorang wanita telah meninggal dunia di utara Bangladesh pada Januari lalu selepas dijangkiti virus tersebut.

Simptom virus Nipah termasuk demam tinggi, muntah, dan jangkitan pernafasan, manakala kes lebih teruk boleh melibatkan sawan dan radang otak yang mengakibatkan koma.

Menurut CDA, setakat ini tiada kes jangkitan virus Nipah yang dilaporkan di Singapura berkaitan dengan wabak tersebut.

“Keadaan jangkitan virus Nipah di Bengal Barat semakin stabil, dengan tiada kes baru dilaporkan. 

“Tiada penularan dari manusia ke manusia dikesan di Bangladesh,” ujar CDA.

Meskipun Singapura akan kembali kepada tahap pengawasan asas, CDA menekankan bahawa pihaknya akan terus berwaspada.

Virus itu akan dikekalkan dalam pengisytiharan kesihatan bagi ketibaan di Singapura melalui Kad Ketibaan SG dan Pengisytiharan Kesihatan Maritim, menurut kenyataan itu.

CDA juga akan mengingatkan doktor agar terus peka terhadap pesakit yang menunjukkan simptom virus Nipah dan mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan terjejas.

“Pengamal perubatan dan makmal dikehendaki memaklumkan CDA dengan segera mengenai semua kes jangkitan virus Nipah yang disahkan atau disyaki,” tambah agensi tersebut.

Langkah pengawasan sedia ada di pusat Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk pekerja migran yang baru tiba juga akan dikekalkan.

Pekerja sentiasa diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap virus tersebut, menjaga kebersihan diri, dan mendapatkan rawatan jika kurang sihat, jelas CDA.

Agensi itu berkata ia juga akan memantau dengan teliti situasi virus Nipah di peringkat dunia, dan bersedia menyesuaikan langkah kawalan sekiranya maklumat baru menunjukkan peningkatan risiko kesihatan awam di Singapura.

Menurut WHO, virus Nipah tidak mempunyai vaksin dan mempunyai kadar kematian antara 40 dengan 75 peratus.

Kelawar buah merupakan hos semula jadi virus ini, yang merebak daripada haiwan kepada manusia melalui sentuhan terus dengan haiwan yang dijangkiti atau cecair tubuhnya.

Penularan juga boleh berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang dijangkiti atau cecair tubuhnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg