Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, Jepun perkukuh hubungan pertahanan dua hala

Sep 26, 2025 | 6:37 PM
S’pura, Jepun, hubungan pertahanan
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad (kanan), bertemu dengan Ketua Staf Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun, Jeneral Arai Masayoshi, pada 26 September. - Foto MINDEF

Singapura dan Jepun mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang “mesra dan erat” semasa pertemuan antara Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, dengan Ketua Staf Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun, Jeneral Arai Masayoshi, pada 26 September.

Kedua-dua pihak turut membincangkan cara memperdalam kerjasama dalam bidang kepentingan bersama dan saling bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau.

“Lawatan Jeneral Arai menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan erat antara Singapura dengan Jepun.

“Kedua-dua angkatan bersenjata berinteraksi secara berkala melalui lawatan bersama, perbincangan kakitangan, kunjungan kapal, serta penyertaan dalam kursus profesional dan acara pelbagai hala,” jelas kenyataan Mindef.

Jeneral Arai berada di Singapura dari 25 hingga 27 September untuk lawatan pengenalan.

Beliau turut bertemu dengan Panglima Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng, dan Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral (MG) Cai Dexian.

Jeneral Arai memeriksa Kawalan Kehormatan bersama MG Cai Dexian di Mindef.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya ke sini, beliau diberi taklimat tentang Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar (CESP) dan menyaksikan pameran statik serta demonstrasi berkaitan peralatan dan sistem yang digunakan untuk mengoptimumkan prestasi askar.

“(Ini) termasuk sistem pemantauan tekanan haba, senaman prapemulihan, reka bentuk kurikulum latihan dan sistem askar bersepadu,” kata Mindef.

Sebelum ini, Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, telah mengadakan lawatan kerja ke Osaka dan Tokyo, dari 21 hingga 27 Ogos.

Semasa di Jepun, Encik Lee telah bertemu dengan mantan Perdana Menteri, Encik Kishida Fumio; balu mendiang Perdana Menteri, Encik Shinzo Abe, Cik Akie Abe; pemimpin perniagaan Jepun; ahli Liga Persahabatan Parlimen Jepun-Singapura; dan sekumpulan ahli politik muda Jepun.

Beliau turut menemui pemimpin perniagaan Jepun yang berpangkalan di Osaka dan Kansai serta melawat kemudahan pengeluaran lanjutan Shimano.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg