Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura sambut 1 Syawal pada 31 Mac

Mar 30, 2025 | 7:30 PM
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Singapura menyambut 1 Syawal pada Isnin, 31 Mac.

Menyatakan demikian dalam kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata:

“Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan Syawal berada di atas ufuk Singapura selama 48 minit setelah matahari terbenam petang tadi.

“Oleh yang demikian, sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Syawal bagi tahun 1446H jatuh pada esok, Isnin bersamaan 31 Mac 2025.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin dan Muslimat Singapura “Selamat Hari Raya Aidilfitri”. Semoga pada Hari Raya ini, kita dianugerahkan keberkatan dan kemenangan hasil dari segala amal ibadah dan kebajikan yang telah kita usahakan sepanjang bulan Ramadan yang lalu.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg