Singapura dan Jerman mengesahkan hubungan dua hala yang “cemerlang” semasa pertemuan antara Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dengan Perdana Menteri Wilayah Saxony Persekutuan Jerman, Encik Michael Kretschmer, di Istana pada 3 Oktober.
Lawatan Encik Kretschmer sempena memperingati 60 tahun hubungan diplomatik antara kededua negara, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.
“Mereka turut membincangkan langkah bagi Singapura dan Saxony memperkukuh kerjasama dalam bidang kepentingan bersama, termasuk perdagangan dan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, serta perubatan,” jelas MFA.
Menurut MFA, Encik Kretschmer berada di Singapura dari 2 hingga 5 Oktober dan ini merupakan kali kedua beliau ke sini.
Sementara itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; serta Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi, Dr Tan See Leng.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg