Subsidi hingga 70% bagi ujian genetik barah buah dada, rahim keturunan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Subsidi hingga 70% bagi ujian genetik barah buah dada, rahim keturunan

Mar 5, 2026 | 2:34 PM

Subsidi hingga 70% bagi ujian genetik barah buah dada, rahim keturunan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Apabila seorang wanita dikenal pasti mempunyai mutasi keturunan dalam gen berkaitan HBOC melalui ujian genetik, dia disyorkan menjalani mamogram yang lebih kerap bagi mereka yang berisiko menghidap barah buah dada keturunan.
Apabila seorang wanita dikenal pasti mempunyai mutasi keturunan dalam gen berkaitan HBOC melalui ujian genetik, dia disyorkan menjalani mamogram yang lebih kerap bagi mereka yang berisiko menghidap barah buah dada keturunan. - Foto ISTOCKPHOTO

Pemerintah akan meneruskan subsidi ujian genetik bagi Barah Buah Dada dan Rahim Keturunan (HBOC) mulai Disember 2026. Warga dan penduduk tetap Singapura yang layak akan menerima subsidi sehingga 70 peratus, bergantung pada kemampuan mereka.

Warga emas daripada Generasi Perintis dan Generasi Merdeka juga layak menerima subsidi tambahan.

Individu juga boleh memanfaatkan had MediSave yang ditingkatkan bagi Pencegahan dan Penjagaan Penyakit Kronik untuk mengimbangi lagi kos ujian genetik selepas subsidi.

Sementara itu, pesakit yang berumur 60 tahun ke atas juga boleh menggunakan Flexi-MediSave untuk menampung sepenuhnya kos yang perlu dibiayai sendiri.

Satu daripada 150 warga Singapura membawa mutasi gen berkaitan HBOC, yang meningkatkan risiko mereka menghidap barah buah dada dan rahim secara ketara.

Ini adalah keadaan berkaitan baka, bermakna ia boleh diwarisi dalam keluarga.

Wanita dengan varian gen berkaitan HBOC menghadapi risiko seumur hidup sehingga sekitar 60 peratus bagi barah buah dada, dan sehingga sekitar 50 peratus bagi barah rahim.

Ini berbeza dengan risiko sekitar 13 peratus (bagi barah buah dada) dan 12 peratus (bagi barah rahim) dalam populasi wanita umum, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya pada 5 Mac berkata wanita yang mempunyai varian gen berkaitan HBOC akan diberi kaunseling genetik sebelum dan selepas ujian.

“Jika mereka disahkan positif, kami juga akan menawarkan ujian tersebut kepada ahli keluarga terdekat mereka. Kami menjangkakan lebih 2,000 individu layak menjalani ujian tersebut setiap tahun,” kata Encik Ong.

Pada masa ini, apabila seorang wanita dikenal pasti mempunyai mutasi keturunan dalam gen berkaitan HBOC melalui ujian genetik, dia disyorkan menjalani mamogram yang lebih kerap bagi mereka yang berisiko menghidap barah buah dada keturunan atau langkah pengurangan risiko lain seperti pembedahan yang mengurangkan risiko.

Doktor juga akan mengesyorkan agar ahli keluarga juga menjalani ujian genetik yang sama supaya mereka juga mendapat intervensi awal jika didapati positif.

Memandangkan intervensi pencegahan bagi individu berisiko tinggi dilihat semakin diperlukan dari segi perubatan untuk mencegah rawatan yang lebih intensif, perlindungan pembiayaan untuk pembedahan yang mengurangkan risiko juga akan diperkukuh.

“Kami akan melanjutkan MediShield Life dan MediSave untuk meliputi pembedahan pencegahan bagi HBOC pada akhir tahun ini. Saya harus menambah bahawa pembinaan semula buah dada juga dilindungi, tidak berbeza dengan hari ini.

“Ini akan lebih menyokong wanita dalam memanfaatkan kemajuan dalam genomik untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik,” jelas Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg