Setelah berkhidmat di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) selama lebih 20 tahun, Cik Aisha Abdul Manaf akan melangkah ke alam persaraan.

Pendidik berusia 62 tahun itu telah memegang jawatan pengetua sejak 2023 dan merupakan naib pengetua di madrasah tersebut sebelum itu.