Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ruang masyarakat baru di Buona Vista dibuka

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ruang masyarakat baru di Buona Vista dibuka

Apr 22, 2024 | 06:05 PM



Kawasan One-north di Singapura telah menerima rangsangan dengan adanya ruang masyarakat baru seluas 1.6 hektar, menawarkan penduduk serta pekerja di sekitar kawasan itu akses yang lebih dekat kepada alam semula jadi dan ruang perhimpunan inklusif.

Rangkaian masyarakat atau ‘community node’ Buona Vista yang baru ini terletak di persimpangan Jalan Buona Vista Utara dan Commonwealth Avenue, telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada 22 April. 

Ia menandakan rangkaian keempat Koridor Rel dan yang pertama di sepanjang bahagian selatan Koridor Rel itu, sepanjang Holland Road ke Tanjong Pagar.

Acara pelancaran itu juga menyaksikan pengumuman tentang pertandingan From Dreams to Rail-ity, yang mengajak orang ramai untuk berkongsi idea untuk menjadikan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar (TPRS) yang bersejarah sebagai satu warisan unik, sebahagian daripada draf Pelan Induk 2025.


Pembangunan rangkaian komuniti Buona Vista itu adalah hasil usaha kerjasama antara pelbagai agensi, pihak berkepentingan dan orang ramai, menurut JTC Corporation (JTC), Lembaga Taman Negara (NParks) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu kenyataan bersama .

Rundingan meluas telah dijalankan dengan kumpulan seperti Friends of the Rail Corridor, para penduduk, pelajar, penggemar warisan dan alam semula jadi, serta wakil industri untuk membentuk rancangan bagi Koridor Rel dan menjadikannya satu kenyataan.

Rangkaian masyarakat terbaru ini mempunyai ruang ‘pasang siap’ seluas 900 meter persegi di bawah jejambat North Buona Vista Link, yang direka untuk menampung pelbagai kegiatan dan acara masyarakat.

Selain itu, terdapat laman berumput am seluas 500 meter persegi yang boleh digunakan bagi menganjur pelbagai acara, sebuah taman permainan kanak-kanak yang menggabungkan unsur biofilik, dan kawasan kecergasan yang memenuhi keperluan orang dewasa serta warga emas.

Sepanjang laluan rangkaian masyarakat itu, orang ramai juga boleh menikmati pemandangan tumbuh-tumbuhan khusus yang ditanam, yang menurut Encik Lee menyerupai “sungai asal dan landskap tanah paya Koridor Rel sebelum landasan kereta api dibina”.

Tiga rangkaian masyarakat lain yang dibuka di sepanjang Koridor Rel adalah Stesen Kereta Api Bukit Timah, rangkaian masyarakat Kranji dan satu lagi di bawah jejambat Lebuhraya Pan-Island (PIE) berhampiran Taman Semula Jadi Rifle Range.

Rangkaian masyarakat lain yang sedang dirancang termasuk di bawah Jejambat Queensway, yang akan siap menjelang 2027; bekas Stesen Kereta Api Tanjong Pagar, yang dirancang dipulihkan menjelang 2028; dan bekas Balai Bomba Bukit Timah yang telah dianugerahkan melalui tender kepada Kumpulan LHN pada April 2024 dan dijangka dibuka pada separuh pertama 2025.

Rangkaian ini akan terus menghubungkan orang ramai dan meningkatkan ketersambungan keseluruhan, kebolehcapaian dan kebolehdiaman kawasan sekitar.


Dalam pada itu, orang ramai juga digalak untuk berkongsi idea untuk membayangkan semula Stesen Kereta Api Tanjong Pagar yang bersejarah, sebagai sebuah rangkaian warisan, masyarakat dan rekreasi yang unik dan pelbagai fungsi di sepanjang Koridor Rel menerusi pertandingan From Dreams to Rail-ity.


Encik Lee berkata, terdapat “potensi besar untuk mengubah tapak tersebut menjadi sebuah bangunan masyarakat pelbagai fungsi yang bertenaga, dengan ruang awam yang menarik, inklusif dan dapat mengajak orang ramai ke sana”.

“Melalui Pertandingan Idea ini, kami ingin mendengar idea anda tentang bagaimana kami boleh membayangkan semula stesen kereta api Tanjong Pagar sebagai warisan unik dan rangkaian masyarakat di sepanjang Koridor Rel, dan bagaimana kami boleh menggunakan semula bangunan itu secara adaptif untuk meraikan warisan dan sejarah penting kereta api kita,” katanya.


Pertandingan ini dibuka kepada orang ramai, termasuk pelajar pengajian tinggi dan golongan karyawan dan akan berlangsung dari 22 April hingga 14 Jun 2024.

Orang ramai juga boleh berkongsi kenangan mereka serta maklum balas tentang jenis kegiatan yang mereka ingin lihat pada masa hadapan di stesen kereta api itu menerusi laman go.gov.sg/TPRSfeedback.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >