Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tertuduh terakhir kes pengubahan wang haram $3b hadapi 4 tuduhan baru

Jun 4, 2024 | 4:36 PM
Warga negara Cypriot, Wang Dehai, 35 tahun, menerima empat lagi pertuduhan tambahan di bawah Akta Kerja Tenaga Kerja Asing.
Warga negara Cypriot, Wang Dehai, 35 tahun, menerima empat lagi pertuduhan tambahan di bawah Akta Kerja Tenaga Kerja Asing. - Illustrasi ST

Lelaki terakhir yang dijadualkan untuk mengaku bersalah dalam kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura kini berdepan tuduhan baru, termasuk memalsukan pekerjaannya sebagai seorang pengurus jenama dan konsultan perniagaan.

Warga negara Cypriot, Wang Dehai, 35 tahun, kembali di mahkamah pada 4 Jun untuk menerima empat lagi pertuduhan tambahan di bawah Akta Kerja Tenaga Kerja Asing.

Tiga pertuduhan itu adalah kerana didakwa memalsukan jawatan pekerjaan antara 2018 dan 2022, dan satu pertuduhan adalah kerana didakwa mengupah pembantu rumah tanpa pas kerja yang sah.

Wang, yang telah di reman lebih sembilan bulan sejak penahanannya pada 15 Ogos 2023 adalah orang terakhir dalam kes ini untuk mengaku bersalah pada 7 Jun.

Menurut pertuduhan baru, antara 2018 dan 2022, Wang telah bersubahat dengan Su Yongcan dan Phua Cheng Wan untuk membuat tiga kenyataan palsu berkenaan permohonannya untuk pas kerja.

Phua, dalam kedudukannya sebagai pengarah firma ‘Craft Digital’, didakwa memberi kuasa kepada jabatan tenaga manusia untuk memohon pas pekerjaan bagi pihak Wang.

Permohonon itu menyatakan Wang akan bekerja sebagai seorang pengurus jenama atau seorang konsultan perniagaan firma itu, apabila dia tiada niat untuk bekerja di sana.

Su Yongcan adalah abang ipar Wang. Su Yongcan, bersama sepupu Wang, Wang Huoqiang, telah meninggalkan Singapura. Waran tangkap dan notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap kededua lelaki itu.

Pertuduhan keempat yang baru itu mendakwa Wang Dehai, bersama isterinya, Su Caihuang, mengupah seorang pembantu rumah untuk apartmen kondominiumnya di The Marq di Paterson Hill, berhampiran Orchard Road, tanpa pas pekerjaan yang sah daripada Februari 2019 hingga Ogos 2023.

Pada 4 Jun, seorang pendakwa dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata di mahkamah bahawa sebutan pengakuan bersalah Wang Dehai akan diteruskan seperti dijadualkan, dan empat pertuduhan baru ini akan dipertimbangkan semasa menjatuhi hukuman.

Sebelum ini, dia menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram dan kini menghadapi enam pertuduhan secara keseluruhan.

Pertuduhan sebelum ini mendakwa dia menggunakan hasil daripada perkhidmatan perjudian haram di dalam talian – yang berpangkalan di Filipina untuk pelanggan di China – bagi membeli apartmen The Marq bernilai $23 juta pada November 2019.

Dia juga didakwa memiliki $2.3 juta daripada kesalahan perjudian jauh yang haram.

Wang Dehai berada pada senarai dikehendaki China pada 2017 kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan perjudian haram. Dalam notis yang sama, dua lelaki lain dalam kes pengubahan wang haram itu – Su Jianfeng dan Su Wenqiang – juga dinamakan suspek utama.

Wang Dehai adalah antara 10 warga asing yang ditahan pada Ogos 2023 dalam siasatan pengubahan wang haram yang melihat melebihi $3 bilion aset dirampas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg