Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga individu didakwa dalam kes ubah wang haram berasingan

May 9, 2025 | 4:10 PM
Dua daripada tiga individu didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram, dipercayai menerima hasil penipuan berjumlah lebih $350,000 dalam akaun bank. Individu ketiga dituduh memindahkan mata wang kripto bernilai sekurang-kurangnya $96,000 ke sebuah dompet kripto.
Dua daripada tiga individu didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram, dipercayai menerima hasil penipuan berjumlah lebih $350,000 dalam akaun bank. Individu ketiga dituduh memindahkan mata wang kripto bernilai sekurang-kurangnya $96,000 ke sebuah dompet kripto. - Foto PIXABAY

Tiga individu didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram dalam kes berasingan pada 9 Mei.

Dua daripada mereka dipercayai menerima hasil penipuan berjumlah lebih $350,000 dalam akaun bank.

Menurut polis, individu ketiga dituduh memindahkan mata wang kripto bernilai sekurang-kurangnya $96,000 ke sebuah dompet kripto dan dana itu kemudiannya dikesan kepada seorang mangsa penipuan dari luar negara.

Pada 9 Mei, Tan Lizhen, 37 tahun, didakwa atas satu pertuduhan berurusan dengan wang yang diperoleh daripada perbuatan jenayah.

Jiang Desheng, 42 tahun, dikenakan dua pertuduhan serupa, manakala Wu Xuanyi, 43 tahun, menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menipu.

Wu juga didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan sistem komputer.

Wu dan Tan adalah warga Singapura, manakala Jiang adalah warga China, lapor The Straits Times.

Tan dituduh menerima $20,000 dalam akaun banknya pada 28 Mac 2024, dan dia dikatakan tidak mengambil langkah untuk memastikan sumber wang tersebut.

Polis berkata dalam satu kenyataan pada 8 Mei bahawa Tan dipercayai menerima wang tersebut bagi transaksi perangkai padan (peer-to-peer) dalam mata wang kripto dan dana itu kemudiannya dikesan kepada seorang mangsa penipuan.

Dalam kes yang tidak berkaitan, Jiang dikatakan menerima jongkong emas seberat 1 kilogram bernilai lebih $105,000 daripada seseorang yang tidak dikenali sekitar 31 Ogos 2024.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa jongkong emas itu dikatakan sebahagian daripada faedah kelakuan jenayah oleh seseorang bernama ‘Mei Se Hui’ yang tidak dikenali Jiang.

Menurut polis, Jiang dikatakan memindahkan mata wang kripto bernilai sekurang-kurangnya $96,000 ke sebuah dompet mata wang kripto.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa dia dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 1 September 2024 dan dana itu juga dikatakan merupakan sebahagian daripada faedah kelakuan jenayah oleh Mei.

Butiran mengenai identiti sebenar ‘Mei’ tidak didedahkan.

Polis menyatakan mata wang kripto itu telah dikesan kepada kerugian wang yang dialami oleh seorang mangsa penipuan dari luar negara.

Dalam kes berasingan, Wu dikatakan terlibat dalam satu urusan, dengan wang tunai berjumlah lebih $334,000, dipercayai merupakan faedah kelakuan jenayah, diuruskan dalam dua akaun bank pada April 2024.

Menurut polis, wang tersebut telah dikesan kepada empat mangsa penipuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg