Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan: Gaji bulanan lulusan politeknik naik pada 2024

Lulusan politeknik yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian merosot
Jan 13, 2025 | 6:26 PM
Menurut Tinjauan Pekerjaan Lulusan (GES) Politeknik 2024 yang dikeluarkan pada 13 Januari, gaji kasar bulanan bagi lulusan itu dalam pekerjaan tetap sepenuh masa telah meningkat kepada $2,900 pada 2024, berbanding $2,800 pada 2023.
Menurut Tinjauan Pekerjaan Lulusan (GES) Politeknik 2024 yang dikeluarkan pada 13 Januari, gaji kasar bulanan bagi lulusan itu dalam pekerjaan tetap sepenuh masa telah meningkat kepada $2,900 pada 2024, berbanding $2,800 pada 2023. - Foto ST

Gaji kasar bulanan lulusan politeknik dalam pekerjaan tetap sepenuh masa meningkat kepada $2,900 pada 2024, berbanding $2,800 pada 2023.

Ini meskipun jumlah lulusan politeknik yang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian lebih rendah – sebanyak 87.5 peratus pada 2024 berbanding 92.7 peratus pada 2023.

Demikian menurut Tinjauan Pekerjaan Lulusan (GES) Politeknik 2024 yang melibatkan lima politeknik tempatan yang dikeluarkan pada 13 Januari.

Kelima-lima politeknik itu ialah Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republik, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek.

Bercakap bagi pihak Jawatankuasa GES Politeknik, Pengetua yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Politeknik Singapura, Encik Soh Wai Wah, berkata jawatankuasa itu komited memastikan lulusan bersedia untuk masa depan kerja dan boleh berjaya memulakan kerjaya yang memuaskan.

“Memandangkan landskap pekerjaan yang semakin berkembang, kita sedang giat berusaha melengkapkan pelajar kita dengan kemahiran yang diperlukan dan agar mereka dapat menyesuaikan diri untuk mengemudi dengan baik.

“Ini termasuk mengukuhkan perkongsian industri untuk menyediakan pengalaman dunia sebenar, menyepadukan celik AI (kecerdasan buatan) ke dalam kurikulum kita, dan meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan sokongan kerjaya,” kata Encik Soh.

Dalam kalangan 5,769 responden yang sudah mula bekerja, 54.6 peratus mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa; 27.0 peratus bekerja sambilan atau sementara; dan 2.9 peratus telah menerima tawaran pekerjaan atau secara aktif sedang memulakan perniagaan.

Menurut kajian itu, sebilangan besar lulusan politeknik dalam pekerjaan sambilan atau sementara berbuat demikian secara sukarela, dengan kira-kira separuh daripada mereka secara serentak mengikuti atau bersiap untuk memulakan pengajian lanjutan

Ini konsisten dengan tinjauan tahun-tahun sebelumnya.

Tinjauan itu turut menunjukkan bahawa dalam kalangan 7,614 lulusan baru pada 2024 yang ditinjau, 50.4 peratus telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, manakala 48.9 peratus sedang melanjutkan pelajaran atau bersiap untuk memulakan pengajian lanjutan dan tidak aktif mencari pekerjaan.

Baki 0.8 peratus responden berkata mereka sedang berehat dan tidak mencari pekerjaan.

Antara lulusan 2021 yang dikaji, yang sama ada menamatkan NS antara 1 April 2023 dengan 31 Mac 2024, 36.5 peratus telah mula bekerja dan 63.1 peratus sedang melanjutkan pelajaran atau bersiap untuk memulakan pengajian lanjutan dan tidak aktif mencari pekerjaan.

Sama seperti tinjauan bagi lulusan baru, baki 0.4 peratus responden berkata mereka sedang berehat dan tidak mencari pekerjaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg