Tinjauan: Pekerjaan sepenuh masa siswazah baru menurun, gaji kekal stabil

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan: Pekerjaan sepenuh masa siswazah baru menurun, gaji kekal stabil

Mar 5, 2026 | 6:17 PM

Tinjauan: Pekerjaan sepenuh masa siswazah baru menurun, gaji kekal stabil

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Hasil Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) terkini menunjukkan bahawa 74.4 peratus siswazah berjaya memperoleh pekerjaan sepenuh masa pada 2025, jatuh daripada 79.4 peratus pada 2024.
Hasil Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) terkini menunjukkan bahawa 74.4 peratus siswazah berjaya memperoleh pekerjaan sepenuh masa pada 2025, jatuh daripada 79.4 peratus pada 2024. - Foto ST

Siswazah baharu dari universiti tempatan menyaksikan penurunan berterusan dalam kadar pekerjaan, terutamanya bagi mereka yang mendapat pekerjaan sepenuh masa, meskipun gaji kekal stabil.

Hasil Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) terkini, yang dikeluarkan pada 5 Mac, mendedahkan bahawa 74.4 peratus lulusan berjaya mendapatkan pekerjaan sepenuh masa pada 2025, merosot daripada 79.4 peratus pada 2024.

Secara keseluruhan, peratusan siswazah yang memasuki tenaga kerja meningkat, daripada 90.7 peratus pada 2024 kepada 92.2 peratus pada 2025. Angka ini merangkumi mereka yang bekerja atau menganggur tetapi sedang giat mencari pekerjaan.

Dalam kalangan mereka yang memperoleh pekerjaan sepenuh masa, gaji bulanan kasar median kekal pada $4,500 pada 2025, tidak berubah berbanding 2024.

Peratusan siswazah yang memohon pekerjaan tetapi tidak menerima sebarang tawaran juga meningkat pada 2025 kepada 8.5 peratus, berbanding 5.7 peratus pada 2024 dan 4.1 peratus pada 2023.

Pada masa yang sama, lebih ramai lulusan memilih pekerjaan sambilan atau sementara, dengan 7.2 peratus berbuat demikian pada 2025, meningkat daripada 6 peratus pada 2024 dan 4.1 peratus pada 2023.

Dalam satu kenyataan bersama, enam universiti tempatan menyatakan bahawa jumlah kekosongan pekerjaan telah menyusut daripada kemuncaknya pascapandemik. Ini didorong oleh kadar pertukaran pekerja yang lebih rendah dan pengambilan yang lebih perlahan.

“Keadaan ini mencerminkan majikan kini lebih berhati-hati dalam mengambil pekerja berikutan ketidaktentuan ekonomi dan perkembangan geopolitik. Walaupun peluang pekerjaan peringkat permulaan masih ada, beberapa sektor yang berorientasikan luar negara seperti Maklumat dan Komunikasi menyaksikan pengambilan pekerja yang lebih perlahan berbanding tahun-tahun sebelumnya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah bahawa tinjauan tersebut mencerminkan hasil pekerjaan lulusan enam bulan selepas tamat pengajian, dan berdasarkan kohort terdahulu, keadaan biasanya bertambah baik selepas tempoh enam bulan tersebut.

Berdasarkan data pasaran buruh daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM), sekitar empat daripada setiap 10 kekosongan jawatan peringkat permulaan untuk lulusan baharu adalah dalam sektor pertumbuhan seperti perkhidmatan kewangan dan insurans serta perkhidmatan profesional, dan dalam pekerjaan seperti pegawai pematuhan kewangan, penganalisis risiko dan juruaudit.

Mulai 2026, keputusan tinjauan mencerminkan sama ada lulusan telah memperoleh pekerjaan atau belum, berbanding pembahagian sebelum ini antara bekerja dan menganggur.

Perubahan itu bermula dengan tinjauan pekerjaan lulusan terkini oleh lima politeknik yang dikeluarkan pada 15 Januari lalu.

Siswazah yang dianggap telah memperoleh pekerjaan termasuk mereka yang sudah bekerja – sama ada sepenuh masa, bebas atau sambilan – serta mereka yang telah menerima tawaran kerja dan akan mula bekerja kemudian, atau sedang mengambil langkah untuk memulakan perniagaan.

Dalam tinjauan sebelum ini, kategori “bekerja” hanya merangkumi mereka yang sudah mempunyai pekerjaan ketika tinjauan dijalankan, manakala mereka yang akan mula bekerja kemudian atau sedang menubuhkan perniagaan dikira sebagai menganggur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg