Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: Khidmat jagaan warga emas sebumbung kini model arus perdana

Warga emas boleh kongsi flat atau kediaman peribadi dengan warga emas lain, disokong kakitangan jagaan yang sediakan bantuan harian asas
Dec 10, 2025 | 6:22 PM
warga emas, berkongsi, kediaman
Warga emas melakukan senaman di SLEC Residence @ Ang Mo Kio pada 10 Disember. - Foto ST

Tidak lama lagi, warga emas yang memilih untuk menua dalam masyarakat akan berpeluang berkongsi flat atau kediaman peribadi dengan warga emas lain, disokong oleh kakitangan penjagaan yang menyediakan bantuan harian asas.

Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada 10 Disember bahawa Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas Tinggal Bersama akan menjadi model utama, lapor The Straits Times (ST).

Syarikat yang berminat boleh memohon sokongan operasi, termasuk kuota pekerja asing tambahan, pilihan merekrut dari negara sumber bukan tradisional, dan subsidi latihan sehingga 90 peratus bagi kakitangan penjagaan mereka. 

MOH dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) juga menerbitkan Panduan Amalan Baik untuk syarikat, pelanggan dan keluarga.

Model kediaman ini meluaskan pilihan untuk warga emas, yang merangkumi rumah jagaan dan Apartmen Penjagaan Masyarakat (CCA) sedia ada.

Berucap pada ulang tahun ke-5 Perkhidmatan Berasaskan Kediaman St Luke’s ElderCare (SLEC), Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial merangkap Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata model tinggal bersama lebih praktikal berbanding setiap warga emas menggaji penjaga domestik. 

“Seboleh mungkin, kita harus menyokong warga emas menjalani kehidupan aktif dan berdikari kerana itu terbaik untuk kesejahteraan mereka,” katanya.

Keputusan menjadikannya model utama ini adalah hasil inisiatif medan ujian dilancar pada September 2023 untuk menguji model penjagaan baru dan membantu warga emas menua dalam masyarakat.

Ujian tersebut menempatkan warga emas dalam kediaman sama dengan sokongan kakitangan penjagaan menyediakan bantuan harian, makanan, kerja rumah dan aktiviti sosial.

Sehingga akhir September 2025, lima syarikat – Red Crowns Senior Living, St Bernadette Lifestyle Village dan francaisnya BlueAtria dan Muein, serta GROW – telah berkhidmat kepada 232 pelanggan.

Sebelum ujian tersebut, pengendali perkhidmatan berasaskan kediaman menghadapi cabaran kekurangan tenaga kerja. 

St Bernadette, misalnya, memulakan perkhidmatan pada 2015 tetapi sukar berkembang. 

Dengan sokongan tenaga kerja, ia berjaya mengembangkan operasi kepada sembilan kemudahan dalam masa 18 bulan. 

Fasiliti terbaru, di Duku Road, dibuka pada Jun 2025.

Dr Wee berkata kakitangannya ialah pekerja terlatih yang berfungsi sebagai ketua penjagaan dan boleh mendapatkan bantuan daripada Good Shepherd Loft apabila diperlukan.

Good Shepherd sebuah rumah jagaan di Bukit Timah, turut diasaskan oleh Dr Wee.

Red Crowns pula terpaksa mengubah model operasi selepas didenda pada 2024 kerana menggaji pekerja domestik asing tinggal dalam secara tidak sah.

MOH menegaskan keluarga masih perlu terlibat dalam keputusan penjagaan, manakala pengendali mesti menyampaikan perkhidmatan secara selamat dan profesional. 

Jika pelanggan memerlukan perkhidmatan berlesen, pengendali wajib mengaturnya.

MOH berkata kerjasama antara keluarga, penyedia dan kakitangan penjagaan merupakan kunci kejayaan perkhidmatan.

Sambutan SLEC ke-5 diadakan di SLEC Residence @ Ang Mo Kio, rumah jagaan pertamanya. 

Menjelang 2026, dua lagi rumah jagaan akan dibuka, menjadikan keupayaan melebihi 650 katil.

Encik Ong berkata MOH akan terus menyediakan pelbagai pilihan penjagaan.

Bagi mereka yang memerlukan penjagaan peribadi di rumah, MOH akan menambah baik perkhidmatan dan di seluruh Singapura pada awal 2026.

Beliau menambah apabila warga emas berpindah antara persekitaran penjagaan, proses itu mesti lancar. 

“Apabila itu berlaku, kita mesti memastikan prosesnya lancar,” kata Encik Ong.

“Penyedia penjagaan baru perlu mengetahui keadaan kesihatan warga emas, termasuk alahan dan ubat diambil, sebelum ketibaan mereka. Jika tidak, penjagaan akan terjejas.”

Dasar baru diperlukan untuk memastikan proses integrasi itu lancar.

Pada Januari 2026, MOH akan membentangkan Rang Undang-Undang Maklumat Kesihatan untuk mengawal perkongsian data pesakit persekitaran klinikal dan masyarakat. 

Ini akan memudahkan peralihan warga emas antara persekitaran penjagaan tanpa perlu melalui soal jawab, pengumpulan data atau ujian berulang.

Perkongsian data asas seperti nama dan alamat warga emas berisiko membolehkan agensi awam, AIC dan kawasan penjagaan kesihatan awam menyelaras sokongan dengan lebih berkesan, kata Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg