Topik diikuti
Pergi ke BHkuWarga S’pura dipenjara 14 hari, denda $2,200 oleh mahkamah Johor kerana hina Islam
JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan warga Singapura dihukum penjara 14 hari dan didenda RM7,000 ($2,200) selepas mengaku bersalah menghina Islam di mahkamah Johor.
Mohamed Anim Atam, 56 tahun, dihukum pada 21 Ogos selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret A. Shaarmini.
Menurut pertuduhan, Mohamed Anim sengaja mengeluarkan kata-kata menghina Islam dengan niat menyinggung perasaan agama orang lain.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika dalam perjalanan dari Jalan Tun Razak ke Jalan Meldrum, berhampiran pusat bandar, kira-kira 5 petang pada 30 Julai.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang menetapkan hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Eizlan Azhar memohon hukuman yang setimpal kerana kes itu tular di media sosial dan melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman lebih ringan kerana menghidap tekanan darah tinggi dan sedang melalui urusan perceraian yang memerlukannya hadir di Mahkamah Syariah di Singapura.
Pada 30 Julai, video lelaki itu yang didakwa menghina Islam ketika menaiki kereta e-hailing (ditempah dalam talian) tular di media sosial.
Dalam rakaman itu, dia didakwa kedengaran mengeluarkan kata-kata yang menyinggung dalam bahasa Melayu.
Selepas ditegur pemandu itu, dia meminta maaf beberapa kali sebelum kenderaan berhenti dan beliau dilihat turun.
Berikutan kejadian itu, suspek ditahan pada 18 Ogos oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dengan bantuan polis Singapura.
Sebuah telefon bimbit turut dirampas daripada suspek bagi membantu siasatan. -Agensi berita
