Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

X turunkan video ISIS papar pembunuhan di konsert Moscow susulan permintaan IMDA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

X turunkan video ISIS papar pembunuhan di konsert Moscow susulan permintaan IMDA

Apr 03, 2024 | 08:01 PM



Wadah media sosial X telah menurunkan video yang menunjukkan pembunuhan beramai-ramai oleh ISIS-Khorasan pada 22 Mac di sebuah dewan konsert berhampiran Moscow selepas diminta Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Beberapa akaun di wadah tersebut telah berkongsi video daripada Agensi Berita Amaq, iaitu, saluran berita rasmi ISIS, dengan kededua versi kandungan ditapis dan tidak ditapis diedarkan pada 26 Mac.


Dalam video selama satu minit 31 saat itu, wajah para penyerang dikaburkan dan suara mereka ditukar.

Yang membezakan antara kededua versi tersebut adalah wajah seorang mangsa telah dikaburkan ketika lehernya dikelar berulang kali dengan sebilah pisau.

Lebih 140 orang terbunuh dalam serangan di konsert Dewan Bandaraya Crocus itu, yang kemudiannya dibakar, lapor The Straits Times (ST).


ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, yang dikatakan dilakukan oleh empat pengikutnya.

IMDA berkata ia memaklumkan X mengenai video itu, yang dianggap “kandungan berbahaya” di bawah kod amalan keselamatan dalam talian Singapura.

“X menghapuskan kandungan itu dengan segera selepas dimaklumkan,” kata pihak berkuasa itu.

Ia menambah bahawa wadah media sosial yang mempunyai capaian ramai atau impak ketara di Singapura perlu mematuhi kod tersebut.

Dilancarkan pada 2023, kod amalan tersebut menetapkan langkah bagi wadah media sosial, yang bertujuan mengehadkan pendedahan pengguna setempat kepada kandungan berbahaya, termasuk kandungan ganas.

Wadah tersebut juga dikehendaki bersikap proaktif dalam usaha mengesan dan menghapuskan kandungan keganasan.

Dalam kes ini, algoritma X telah mengesyorkan video tersebut kepada sebilangan pengguna di ‘timeline’ (garis masa) “Untuk anda”.

Menurut laman sesawang X, algoritma media sosial itu mencari sebanyak 50 peratus daripada kandungan yang disyorkan kepada individu, berdasarkan pengguna yang diikutinya.

Lagi 50 peratus kandungan datang daripada pengguna luar, contohnya, berdasarkan populariti siaran tertentu.

Beberapa siaran itu termasuk pautan ke saluran Telegram di mana kandungan daripada Agensi Berita Amaq itu dikongsi secara langsung, walaupun pautannya telah diturunkan.


Menjawab pertanyaan, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata bahawa sementara pihak berkuasa berwaspada terhadap keganasan di ruang dalam talian, jangkauan luas Internet dan media sosial memudahkan pengganas menyebarkan ideologi ganas, merekrut anggota dan merancang serangan.

“Sejak 2015, seramai 38 rakyat Singapura yang radikal secara sendiri telah ditahan atau diberikan Perintah Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); hampir kesemua mereka menjadi radikal oleh kandungan ekstremis ganas dan pengganas yang mereka terima di Internet dan media sosial,” katanya.

Menurut felo penyelidikan bersekutu di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Encik Jasminder Singh, penggunaan media sosial oleh kumpulan pengganas bukanlah perkara baru, dan ISIS adalah antara mereka yang memanfaatkannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >