Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

14 edisi telah berlalu... GP S’pura masih penuh gah, aksi menarik

Sep 18, 2023 | 05:25 PM



Perlumbaan Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Singapura 2023 menjanjikan aksi dan hiburan tanpa henti sepanjang hujung minggu lalu.

Pada Ahad, janji itu ditepati.

Ketika cahaya bunga api berwarna-warni menerangi langit malam Marina Bay apabila Carlos Sainz menjadi pemandu pertama melepasi garis penamat setelah persaingan 62 pusingan.

Sambutan gah lagi gemilang itu bukan sahaja bagi meraikan kemenangan kedua pemandu Ferrari itu dalam F1 sahaja, bahkan kejayaan bagi satu lagi edisi GP Singapura.

GP Singapura telah memasuki tahun yang ke-14, selepas ia mula diadakan pada 2008, dan meskipun terdapat beberapa perubahan sepanjang tahun-tahun lalu, perlumbaan malam itu masih mempunyai ‘rizz’ untuk menganjurkan acara yang menghiburkan dan bertahap dunia.

‘Rizz’ adalah singkatan bagi perkataan ‘karisma’, yang banyak digunakan oleh Generasi Z – berusia antara 11 dengan 26 tahun – dalam media sosial. Ia bermaksud keupayaan memikat seseorang.

GP Singapura 2023 menawan lebih 264,000 pengunjung sepanjang acara tiga hari itu – melebihi jangkaan awal penganjur.

Pada Ahad, penganjur mengumumkan semua tiket habis dijual. Menyusuli itu, ia mengeluarkan kenyataan bahawa 264,108 peminat menonton perlumbaan di litar jalanan Marina Bay dari Jumaat hingga Ahad.

Menariknya, ada juga haiwan yang ingin ‘menyertai’ perlumbaan itu. Kira-kira setengah jam selepas sesi latihan pembukaan pada Jumaat, seekor biawak benggala melintasi trek di Belokan 9.

Ini menyebabkan marshal mengibar bendera kuning, yang sering dilakukan apabila terdapat serpihan, kereta terhenti atau kemalangan, bagi memberi amaran kepada pemandu tentang bahaya di trek.

Bagi juara dunia Max Verstappen, ia adalah deja vu kerana beliau berdepan dengan reptilia itu di litar Marina Bay tujuh tahun lalu, membuat jurutera perlumbaannya berjenaka bahawa pemandu Belanda itu “bersemuka dengan Godzilla”.

Pada Jumaat, selepas Verstappen berkata, “Ada cicak sekali lagi di trek. Yang lebih kecil kali ini” melalui radio pasukan, jurutera Red Bull Gianpiero Lambiase menjawab: “Faham. Mungkin Godzilla ada anak.”

Detik melucukan itu antara perkara yang menjadikan GP Singapura unik.

Kemalangan ngeri di bawah cahaya lampu litar Marina Bay juga mendapat reaksi “ohh” dan “ahh” daripada ramai penonton.

Dalam sesi kelayakan pada Sabtu, pemandu Aston Martin Lance Stroll hilang kawalan keretanya pada belokan terakhir dan merempuh tembok.

Kereta warga Canada itu mengalami kerosakan teruk, walaupun beliau dapat keluar darinya tanpa memerlukan bantuan. 

George Russell daripada Mercedes juga terlepas naik podium berikutan kemalangan dramatik pada pusingan terakhir perlumbaan pada Ahad.

Kereta warga British itu terkeluar dari trek selepas melanggar tembok.

Jika ngauman enjin kereta yang kuat menyelubungi Marina Bay, pentas hiburan di GP Singapura pula tidak kurang meriah digegarkan oleh nyanyian artis antarabangsa. 

Ribuan peminat sanggup mengharungi kelembapan cuaca panas di pentas F1 Village dan Padang untuk menonton persembahan bertenaga Post Malone, Kings Of Leon, dan barisan artis 88rising, yang termasuk Jackson Wang, Niki dan Rich Brian.

Ramai personaliti terkenal juga menghadiri GP Singapura.

Antara mereka ialah pelakon dan pemenang Oscar Michelle Yeoh; jutawan tempatan dan pemilik kelab bola sepak Valencia Peter Lim; dan penyanyi Singapura JJ Lin.

Nampak macam hujung minggu yang padat dan menyeronokkan, ya?

Apabila saya menulis ayat ini pada Isnin petang, dua cawan kopi telah saya habiskan.

Sejujurnya, saya sedang pulih daripada keriuhan hujung minggu GP Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >