Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara kecergasan Hyrox kembali ke S’pura buat edisi keempat

Jun 19, 2025 | 4:38 PM
Mereka yang mempunyai pelbagai tahap kecergasan boleh menyertai cabaran Kejohanan Terbuka Asia Hyrox AIA 2025 di Stadium Negara pada 28 hingga 29 Jun 2025. Terdapat dua kategori baru yang akan diperkenalkan dalam kejohanan tersebut.
Mereka yang mempunyai pelbagai tahap kecergasan boleh menyertai cabaran Kejohanan Terbuka Asia Hyrox AIA 2025 di Stadium Negara pada 28 hingga 29 Jun 2025. Terdapat dua kategori baru yang akan diperkenalkan dalam kejohanan tersebut. - Foto HYROX APAC

Selepas dua edisi yang mendapat sambutan hangat pada 2024, Hyrox bakal kembali ke Singapura untuk edisi keempat, yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Jun 2025 di Stadium Negara.

Acara tersebut, dengan sokongan Sport Singapore dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), akan menghimpunkan lebih 12,000 atlet daripada pelbagai tahap kemahiran dan kecergasan dalam salah satu acara kecergasan terbesar 2025.

Hyrox akan memperkenalkan dua kategori baru buat edisi 2025.

Kategori Adaptif Lelaki/Wanita diwujudkan untuk memastikan pelibatan lebih terangkum bagi atlet yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan fizikal.

Kategori Berganti-ganti Korporat pula memberi peluang kepada pasukan tempat kerja untuk menyertai secara berkumpulan, demi memupuk semangat kerjasama sambil menggalakkan gaya hidup sihat di luar waktu pejabat.

Pengarah Urusan Hyrox Asia-Pasifik (Apac), Encik Gary Wan, menekankan peranan penting Singapura dalam dunia kecergasan serantau.

“Singapura kini diiktiraf sebagai pusat utama Hyrox di Asia – satu lokasi tumpuan bagi atlet elit dan peminat dari pelbagai negara rantau ini,” kata beliau.

“Dengan penganjuran Kejohanan Terbuka Asia Hyrox tahun ini, kedudukan Singapura terus diperkuat apabila atlet terbaik serantau berkumpul dan bersaing di gelanggang bertaraf dunia,” tambahnya.

Penyedia insurans AIA Singapura merupakan penaja utama kejohanan itu.

Buat pertama kalinya secara global, AIA akan menyediakan perlindungan kemalangan peribadi secara percuma kepada semua peserta dan penonton yang membeli tiket sepanjang Jun 2025.

“AIA Singapura berasa amat bangga dapat menerajui gaya hidup aktif sebagai penaja utama Kejohanan Terbuka Asia Hyrox AIA 2025,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AIA Singapura, Wong Sze Keed.

“Usaha menjadikan acara luar biasa ini lebih mudah diakses mencerminkan komitmen kami terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Singapura,” tambahnya.

Anggota AIA Vitality juga akan menerima diskaun sebanyak $25 bagi tiket penyertaan mereka.

Format Hyrox kekal konsisten di seluruh dunia, yang memerlukan peserta melengkapkan larian satu kilometer diikuti satu stesen senaman, diulang sebanyak lapan kali.

Untuk butiran lanjut Kejohanan Terbuka Asia Hyrox AIA 2025, mereka yang berminat boleh mendapatkannya di laman rasmi Hyrox Singapura, https://hyroxsingapore.com/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg