Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Albirex Niigata tubuh akademi pertingkat mutu bola sepak S’pura

Oct 13, 2023 | 06:40 PM



Juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL), Albirex Niigata FC (S) akan menubuhkan akademi bola sepak untuk pemain berusia bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun bermula 2024.

Selain itu, mereka telah bekerjasama dengan K.M.S.K. Deinze, sebuah kelab bola sepak divisyen dua di Belgium, untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain yang terpilih menyertai latihan bersama K.M.S.K. Deinze secara percuma, menerusi satu projek diberi nama, Projek Rising Star.

“Daya usaha ini adalah tentang membangunkan bakat tempatan, membuka laluan untuk berjaya dan menanamkan rasa bangga dalam masyarakat kita.

“Ini mencerminkan kepercayaan kita terhadap pemain muda dan dedikasi kami untuk mengenal pasti bakat muda dalam rantau ini,” kata Pengerusi Albirex Niigata FC (S), Daisuke Korenaga dalam satu sidang media pada Jumaat.

Lokasi akademi itu dijadual terletak di Stadium Jurong East.

Albirex Niigata dan K.M.S.K. Deinze adalah sebahagian daripada ACA Football Partner, sebuah pertubuhan rakan kongsi bola sepak sejagat, yang bertujuan membina asas demi pertumbuhan mampan kelab bola sepak, selain memenuhi potensi kelab tersebut.

ACA Football Partner telah membuat keputusan melancarkan projek tersebut di Singapura selepas mereka mengecapi kejayaan di Vietnam.

Pada 2022, seramai tiga pemain daripada akademi bola sepak Promotion Fund of Vietnamese Football Talent (PVF) Football Academy di Vietnam, telah dipilih untuk menjalani tempoh latihan bersama K.M.S.K. Deinze selama dua bulan.

Ketiga-tiga pemain tersebut membuktikan keberkesanan sesi tersebut dengan dua daripada mereka bermain untuk pasukan bawah 17 tahun, walaupun mereka hanya berusia 15 tahun.

Salah seorang daripada mereka pula bermain untuk pasukan bawah 21 tahun sedangkan dia hanya berusia 16 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ACA Football Partner dan Naib Pengerusi, K.M.S.K. Deinze, Hiroyuki Ono, menekankan bahawa walaupun mereka masih muda, para pemain tersebut harus melalui cabaran seperti mengatur jadual persekolahan, mengatasi perbezaan bahasa, jarak jauh daripada keluarga serta menyesuaikan diri dalam persekitaran baru.

“Apa yang kami sedar adalah ia bukan hanya tentang teknik bola sepak, bahkan mereka meningkatkan diri sendiri dan mengubah pemikiran mereka.

“Mereka pulang dan mereka mempamerkan perubahan prestasi yang drastik. Inilah perkara yang saya ingin bawa kepada Singapura dan mencapai sesuatu yang serupa,” kata beliau.

Beliau juga menekankan bahawa adalah penting bagi pemain bola sepak untuk mendapat pendedahan bermain bola sepak dalam persekitaran berbeza kerana ini dapat membantu mereka semasa bermain dalam perlawanan di peringkat antarabangsa.

K.M.S.K. Deinze mempunyai kemudahan hebat, para jurulatih profesional, sokongan penginapan dan kegiatan-kegiatan di luar padang.

Mereka juga mempunyai beberapa kakitangan berbakat yang dapat memantau dan melakarkan kegiatan yang sesuai untuk pasukan.

Keberkesanan kegiatan dan program pemulihan dapat dilihat menerusi penyerang Singapura, Ilhan Fandi, yang berjaya kembali mewakili pasukan negara dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026, walaupun beliau telah menjalani pembedahan akibat kecederaan pada 30 Disember lalu.

Proses mengenal pasti bakat muda yang akan terpilih dijadualkan berlangsung selama tiga hari – pada 11, 12 dan 19 November 2023.

Di akhir proses itu, tiga pemain akan dipilih dan diberikan peluang berlatih selama seminggu dua di K.M.S.K. Deinze di Belgium pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >