Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Antony digugur daripada skuad Brazil ekoran dakwaan dera bekas temanita

Sep 05, 2023 | 04:55 PM



LONDON: Pemain sayap Manchester United, Antony, telah digugurkan daripada pasukan Brazil selepas bekas temanitanya, Gabriela Cavallin, mendakwa Antony melakukan penderaan domestik terhadapnya.


Antony diganti pemain barisan depan Arsenal, Gabriel Jesus, dalam skuad itu bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia pasukan negara itu bersama Bolivia dan Peru lewat bulan ini.

Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) berkata pada Isnin, Antony, 23 tahun, telah dikeluarkan selepas “beberapa fakta didedahkan kepada umum” yang perlu disiasat.

Ia menambah: “Untuk melindungi mangsa, pemain berkenaan, pasukan negara Brazil dan CBF, pertubuhan memaklumkan bahawa Antony telah dikeluarkan daripada pasukan nasional Brazil.”

Cavallin sebelum ini mendakwa menerusi platform berita Brazil UOL bahawa Antony telah menghentak kepalanya dalam sebuah bilik hotel di Manchester pada Januari.

Cavallin juga mendakwa, Antony menumbuknya di bahagian dadanya.

Antony kemudian memberi respons menerusi satu kenyataan di wadah media sosialnya bahawa beliau menjadi mangsa dakwaan palsu.

“Sejak awal, saya telah menangani isu ini dengan serius dan dengan hormat, dalam menawarkan penjelasan kepada polis. Semasa siasatan dijalankan, saya tidak boleh mendedahkan kandungannya kepada umum.

“Tetapi saya boleh kata dengan penuh yakin bahawa dakwaan itu palsu. Saya telah berikan bukti dan lebih banyak lagi bukti yang akan diberikan menunjukkan bahawa saya bebas daripada dakwaan itu.”

“Hubungan saya dengan Cik Gabriela memang dipenuhi cabaran, dengan pelbagai kata kesat keluar daripada kedua-dua pihak, tetapi saya tidak pernah melakukan sebarang perbuatan kasar secara fizikal,” jelas beliau.

Polis Manchester dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia sedar tentang “dakwaan yang dilakukan dan siasatan sedang berjalan”.

Polis Brazil juga berkata ia sedang menyiasat satu kes penderaan domestik oleh Antony selepas Cavallin mendakwa dalam satu wawancara di televisyen bahawa beliau diserang oleh pemain bola sepak itu di Sao Paolo awal tahun ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >