Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas pemain golf profesional kini usahawan acara sukan

Acara pertama syarikatnya, Palladium, adalah Piala Simone Asia Pasifik bernilai AS$750,000 ($1 juta)
Feb 14, 2024 | 04:21 PM



Sepanjang sedekad lalu, bekas pemain golf profesional, Choo Tze Huang, sibuk bermain golf untuk meraih ‘birdie’ dan ‘putt’.

Namun sejak kebelakangan ini, pemain berusia 37 tahun itu mengalihkan perhatiannya kepada aspek lain pula.

Beliau kini cenderung contohnya, dalam memastikan terdapat jumlah air yang mencukupi untuk pemain dan penonton agar mereka dapat menghilangkan dahaga semasa acara sukan.

Walaupun nampak remeh, sejak beberapa bulan lalu, Choo, mempelajari bahawa perkara kecil sedemikian amat penting, sedang beliau mengurus syarikatnya, Palladium.

Syarikat tersebut ditubuhkan pada akhir 2023 selepas beliau bersara sebagai pemain golf profesional pada tahun itu.

Ia menawarkan perkhidmatan dalam pengurusan acara sukan, menasihat dan menguruskan pemain, lapor The Straits Times.


Acara pertama syarikat itu adalah Piala Simone Asia Pasifik bernilai AS$750,000 ($1 juta) di Jakarta pada Disember 2023.

Kini, Choo dan pasukannya membuat persiapan pula bagi kejohanan Terbuka Wanita Hana Financial Group Singapura dari 7 hingga 10 Mac.

Proses itu mencabar bagi Choo dan banyak yang perlu beliau belajar.

Beliau mengaku berasa terkejut dengan aspek logistik yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah kejohanan.

“Perkaranya semudah menentukan jumlah air yang diperlukan untuk sesebuah acara.

“Bagaimana pula air dibahagi untuk kawasan berbeza? Kami perlu pastikan airnya tidak habis,” kata Choo, yang meraih gangsa dan perak semasa Sukan SEA 2005.

“Ia mengambil masa untuk merancang... ia satu proses pembelajaran bagi saya,” tambahnya.

Choo pada mulanya tidak merancang menubuhkan syarikat sendiri.

Malah, sebelum ini beliau merancang bermain dan mengajar golf secara sambilan.

Namun, kematian bapanya pada Mac 2023 mengubah rancangannya.

Perniagaan bapanya, yang mengedar pakaian golf jenama Malaysia, Crestlink, menunjukkan prestasi baik pada 2022.

Disebabkan itu, keluarganya ingin Choo mengambil alih perniagaan tersebut.

“Saya perlu habiskan sehari dua untuk mempelajari mengenai bahan baju, penghasilan baju dan mutunya, serta perkara lebih terperinci mengenainya,” ujar beliau.

Ibunya, seorang pesara, turut membantu terutamanya semasa beliau berkunjung ke luar negara untuk bertemu kenalan dalam dunia niaga.

Kini, Choo mempunyai tanggungjawab tambahan mengurus Palladium, yang ditubuhkan selepas perbincangan dengan bekas pengurus dan rakan Choo, Patrick Feizal Joyce, yang berpengalaman 25 tahun dalam industri golf.

Joyce menganggarkan bahawa beliau telah berkhidmat di lebih 200 acara di rantau ini, termasuk Terbuka Singapura dan di pelbagai program jelajah sukan seperti Jelajah PGA Australasia dan Jelajah Asia.

Kedua-dua mereka kemudian menubuhkan Palladium dengan hasrat mengembangkan permainan golf di sini.

“Singapura adalah sebuah negara kaya berbanding negara jiran kita tetapi perkembangan golf di sini tidak begitu kukuh berbanding Thailand, Indonesia, Malaysia malah Filipina.

“Kita tidak melahirkan ramai pemain golf berbanding negara tersebut,” jelas Choo.

Beliau mempunyai visi untuk memperbaiki ekosistem golf di Singapura dan memupuk bakat baru di sini.

Kini, syarikatnya mengadakan perbincangan dengan pemain golf di rantau ini dan sudah mempunyai beberapa pemain dari Thailand.

Selain membawa masuk acara antarabangsa yang dapat memberi pendedahan kepada pemain tempatan, Choo berharap satu liga golf domestik diadakan di Singapura pada masa depan, contohnya seperti Thailand, yang mempunyai kejohanan tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >