Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bintang Napoli Kim Min-jae hampir ke Manchester United

Jun 08, 2023 | 03:44 PM



NAPLES: Pemain pertahanan Napoli, Kim Min-jae, telah kembali ke Korea Selatan dan bersedia menyertai Manchester United pada musim panas ini, lapor salah satu agensi berita

Pemain berusia 26 tahun itu yang telah melalui musim cukup hebat bersama Napoli dalam Serie A merupakan pemain utama dalam barisan pertahanan skuad tersebut yang memenangi kejuaraan liga mereka selepas 33 tahun.

Meskipun begitu, Min-Jae akan berpindah pada musim panas ini. Beliau kini mempunyai klausa pelepasan asing berjumlah 60 juta Euro ($86.7 juta), yang akan aktif bermula 1 Julai hingga 15 Julai.

United telah pun mendedahkan hasrat membayar klausa pelepasan itu, namun mereka perlu bersabar kerana Min-jae kembali ke Korea Selatan bagi menjalani latihan mandatori ketenteraan.

Perkhidmatannya akan berjalan selama tiga minggu, dan agensi berita itu mendakwa bahawa pemain itu kemudian akan menyertai Manchester United.

Pemain pertahanan tengah sebelah kiri itu meninggalkan Naples minggu ini dengan semua barangannya dalam beg dan dikatakan bersedia ke Manchester United.

Napoli kini menyasarkan pemain Fiorentina, Nikola Milenkovic selaku pengganti pemain Asia itu.

Sepanjang musim kali ini, Min-jae bermain dengan cukup baik dan hanya melepaskan 24 gol sepanjang kempen yang baru lalu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >