Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak bendera kian dapat sambutan di S’pura

Dec 14, 2023 | 12:07 PM



Terbongkok dengan mata bertentang mata, 10 pemain lelaki yang mewakili dua pasukan berbeza bersemuka, dengan hanya garisan putih menjadi sempadan sementara sebelum mereka ‘bertempur’.

Dari jauh, pemain lelaki di padang Sekolah Ai Tong itu dilihat sebagai pemain ragbi sentuh atau ‘touch rugby’, iaitu permainan ragbi yang telah disesuaikan, dengan terkaman atau aksi menjatuhkan lawan digantikan dengan sentuhan.

Sebaliknya, sekumpulan lelaki itu sedang bermain bola sepak bendera, atau flag football, iaitu versi tanpa sentuhan American football yang kini kian mendapat sambutan di Singapura.


Dilihat lebih dekat, ada beberapa perbezaan antara kedua-dua sukan itu.

Bola bentuk membujur yang digunakan dalam sukan bola sepak bendera berwarna perang dan pemainnya menyarungkan tali pinggang yang dipasangkan dengan dua bendera.

Mereka juga memakai sarung tangan untuk menguatkan genggaman.

Mereka membuat hantaran di mana bola dilambung ke atas dan bukan dilontar ke sisi. 

Bola sepak bendera masih dianggap sukan tujahan atau ‘niche’ yang hanya dimainkan segelintir orang.

Tetapi sambutan baginya kian bertambah sejak ia didedahkan pada Oktober, sebagai antara enam sukan baru di Olimpik 2028 di Los Angeles, California.

Tidak ramai yang tahu Singapura mempunyai pasukan bola sepak bendera nasional – yang ditubuhkan pada Julai 2023 – dan dianggotai 20 pemain setempat, lapor The Straits Times.


Asal usul pasukan itu boleh dijejak sehingga ke 2007, apabila sekumpulan pemain bola sepak bendera – kebanyakannya golongan ekspatriat, bertemu di Facebook dan membentuk Persatuan Bola Sepak Bendera Singapura (SFFA).

Namun, sukan yang dimainkan lima lawan lima itu menghadapi cabaran dalam menghimpunkan jumlah pemain itu dari minggu ke minggu.

Pegawai eksekutif SFFA, Stephen Gonzales, antara anggota pengasas persatuan itu berkata:

“Pada mula-mulanya, hanya empat lima orang hadir bagi sesi bagi sesi permainan mingguan… susah nak dapat 10 orang.

“Justeru, kami hanya mampu bermain-main sesama sendiri, melontar bola selama beberapa jam. Itu saja.”

Pada 2014, selaras dengan minat bertambah pada Liga Bola Sepak Nasional (NFL) di Amerika Syarikat, SFFA juga menarik minat bertambah dalam kalangan penduduk di sini.

Ia berjaya membentuk liga bagi musim lapan minggu yang diadakan tiga kali setahun.

Sebelum permulaan musim baru, ia akan mengadakan proses draf – di mana ia membahagikan sekitar 80 pemain kepada empat pasukan berbeza.

Liga itu adalah wadah penting bagi pemain setempat menambah pengalaman dalam arena untuk bersaing. 

Pemain nasional, Nathaniel Tan, 22 tahun, berkata:

“Apabila kami bermula, saya tidak begitu berpengalaman dan tidak mendapat banyak peluang untuk beraksi. Setiap pemain begitu berdaya saing. Tapi saya teruskan sahaja usaha saya.

“Semasa tempoh Covid-19 pula, saya berpeluang berlatih dengan beberapa orang dalam kumpulan lebih kecil dan saya berjaya memperhalusi kemahiran dan selepas mengenal pasti posisi yang saya suka, saya menyemarak semula cinta saya pada bola sepak bendera,” 

Tan, yang mula giat dalam sukan itu pada 2019, adalah antara beberapa pemain setempat yang pada awalnya berkecimpung dalam permainan ultimate frisbee.


Beliau beralih ke bola sepak bendera kerana minat pada American football.


Pasukan nasional pula ditubuhkan untuk bersaing dalam Kejohanan Bola Sepak Bendera Asia Oceania pertama di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekspatriat Britain, James Rosewarne, yang telah beraksi dalam liga SFFA sejak 2018, mula melatih mereka secara sukarela.

Pasukan nasional mengakhiri kejohanan di kedudukan ke-10 antara 11 negara, tetapi meraih banyak pengalaman beraksi menentang pasukan handal rantau ini seperti Australia dan Thailand.

Hasrat ke Paris bak impian menjadi nyata bagi pemain nasional seperti Brian Ong, 23 tahun, yang berkata beliau begitu ghairah apabila bola sepak bendera disertakan dalam Olimpik.

Bagi Gonzales pula, menjelang Olimpik Los Angeles (LA), beliau berharap lebih ramai pemain setempat menyertai sukan tersebut.

“Masih terlalu awal untuk dikatakan, tetapi kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan kepada pasukan nasional. Adakah kami mahu ke Olimpik? Tentu sekali.

“Tapi jika LA tidak menjadi, kami akan tetap membangun pasukan nasional,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >