Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cabutan pusingan kalah mati Liga Juara-Juara berlangsung 18 Dis

Dec 14, 2023 | 12:10 PM



LONDON: Cabutan peringkat kalah mati Liga Juara-juara Uefa (UCL) akan berlangsung pada 18 Disember di Nyon, Switzerland.


Dua pasukan teratas daripada lapan kumpulan, iaitu 16 pasukan secara keseluruhan, telah melangkah ke peringkat tersebut.

Perlawanan dalam peringkat tersebut dilakukan secara timbal balas dan akan berlangsung sepanjang dua minggu dari 13 hingga 14 Februari; dan 20 hingga 21 Februari 2024; manakala perlawanan kedua dari 5 hingga 6 Mac; dan 12 hingga 13 Mac.

Setiap pasukan di tangga teratas kumpulan akan dipilih dan dipadankan dengan lawan iaitu pasukan yang menduduki tempat kedua dalam kumpulan lain.

Pasukan tidak boleh dipadankan dengan kelab yang berasal dari negara sama, atau pasukan yang berada dalam kumpulan sama dengan mereka sebelum ini.

Bagi Kumpulan A, Bayern Munich dan FC Copenhagen mara ke peringkat seterusnya – ia menyaksikan Manchester United menamatkan kempen UCL di tangga corot kumpulan dengan empat mata.

Ini merupakan kali keenam United gagal melangkah ke pusingan kalah mati.

Kumpulan B menyaksikan Arsenal dan PSV Eindhoven masing-masing di tangga pertama dan kedua.

Bagi Kumpulan C pula, Real Madrid mencapai peringkat kalah mati yang ke-26 berturut-turut dengan rekod kemenangan sempurna – Napoli menduduki tangga kedua dalam kumpulan tersebut.

Begitu juga bagi Manchester City, yang menamatkan kempen mereka dalam Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah, dengan RB Leipzig berada di tangga kedua.

Real Sociedad dan Inter Milan mewakili Kumpulan D untuk ke peringkat seterusnya manakala Atletico Madird dan Lazio mewakili Kumpulan E.

Newcastle hampir meraih peluang untuk ke peringkat kalah mati tetapi langkah mereka terbantut menerusi kekalahan di tangan AC Milan dalam perlawanan akhir Kumpulan F – Borussia Dortmund dan Paris St-Germain layak ke peringkat seterusnya.

Barcelona dan FC Porto pula berkongsi mata selepas enam perlawanan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan mara ke pusingan kalah mati setelah masing-masing menduduki tangga pertama dan kedua dalam Kumpulan H.

Cabutan bagi pusingan suku akhir dan separuh akhir akan dibuat secara serentak pada 15 Mac. – Agensi berita.

Kelab di tangga teratas kumpulan:
Arsenal, Atletico Madrid, Barcelona, Bayern Munich, Borussia Dortmund, Manchester City, Real Madrid, Real Sociedad.


Kelab di tangga kedua kumpulan:
FC Copenhagen, Inter Milan, Lazio, RB Leipzig, Napoli, Paris St-Germain, Porto, PSV Eindhoven.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >