Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chelsea beli dua pemain muda dari Sporting

Geovany Quenda dengan bayaran 44 juta paun; Dario Essugo pada harga 44 juta paun
Mar 20, 2025 | 2:29 PM
Geovany Quenda akan sertai Chelsea selepas penghujung musim 2025-26.
Geovany Quenda akan sertai Chelsea selepas penghujung musim 2025-26. - Foto EPA-EFE

LONDON: Chelsea membeli dua pemain belia bahagian tengah, Geovany Quenda dan Dario Essugo, daripada Sporting dengan gabungan bayaran sekitar 62.4 juta paun ($108 juta), kata kelab Portugal itu.

Queda, 17 tahun, akan menyertai Chelsea dengan bayaran 44 juta paun ($76 juta), menurut laman web Sporting. Namun beliau akan kekal di Lisbon sehingga penghujung musim 2025-26.

Pemain sayap itu membuat penampilan seniornya untuk pasukan pertama Sporting musim ini, dan juga membuat penampilan pertamanya dalam Liga Juara-Juara September lalu.

Essugo pula, pemain tengah defensif berusia 20 tahun, akan ke Stamford Bridge pada musim panas, berikutan perjanjian pinjamannya ke Las Palmas, lapor BBC Sports.

Sporting mengumumkan bahawa bayaran bagi Essugo ialah 18.4 juta paun ($31.8 juta).

Beliau mempamerkan prestasi membanggakan di Sepanyol, namun menerima dua kad merah dalam empat perlawanan terakhirnya.

Walaupun penyokong Chelsea harus menunggu seketika untuk ketibaan Quenda, Essugo mungkin menyertai pasukan Enzo Maresca semasa perasmian Piala Dunia Kelab Fifa musim panas ini di Amerika Syarikat.

Kededua pemain antara pemain terkini menyertai kelab London itu, yang juga mengesahkan dua lagi pembelian pemain 17 tahun musim panas ini.

Pemain Brazil, Estevao Willian, dan pemain Ecuador, Kendry Paez, juga akan menyertai Chelsea. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg