Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA WANITA

Colombia sedia berjuang dalam suku akhir Piala Dunia, ‘demi seluruh Amerika’

Colombia akan bertemu England hujung minggu ini
Aug 10, 2023 | 03:25 PM



MELBOURNE: Nelson Abadia berkata pasukan Colombia yang dibimbingnya akan “berjuang demi seluruh Amerika” selepas kejayaan mereka menewaskan Jamaica 1-0 pada Selasa membolehkan pasukan itu melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia Wanita dan akan bertemu dengan England hujung minggu ini.


Terdahulu, Colombia gagal mencapai kelayakan untuk bertanding dalam Piala Dunia 2019.

Namun di Australia, ia mencapai kedudukan pertama dalam peringkat kumpulan - termasuk menundukkan pasukan Jerman dua minggu lalu - dan kini bertapak dalam kumpulan lapan pasukan terakhir buat julung-julung kalinya.

Di hadapan ribuan penyokong penuh meriah di Melbourne, pasukan bertempat kedudukan ke-25 di dunia itu berjaya mengalahkan sebuah pasukan tegas dan fizikal, Jamaica, yang telah bertahan tanpa mengizinkan sebarang gol memasuki gawang mereka sepanjang pertandingan.

Strategi menyerang terus yang diamalkan Colombia akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-51 apabila kapten pasukan itu, Catalina Usme, membolosi garisan pertahanan lawan dan menyudahkannya dengan jaringan cantik dalam petak penalti.

Jaringan itu menjadi pemacu perlawanan sengit yang sejak mula menyaksikan gaya permainan bertahan, lantas mendorong penyokong Colombia hanyut dalam kegilaan yang memekakkan suasana.

Colombia akan bersaing dengan juara Eropah England di Sydney pada Sabtu untuk menempah tempat dalam peringkat separuh akhir.

“Benteng pertahanan kami sungguh hebat, prestasi mereka bertambah baik dalam setiap perlawanan kami lalui, dan sudah tentu kami juga mempunyai penyerang yang sama hebat,” kata Abadia.

Dengan kesemua pasukan lain dari rantau Amerika Utara dan Selatan tersingkir, jurulatih itu berkata:

“Terdapat kebanggaan besar yang dirasai. Kebanggaan demi tanah air dan kebanggaan demi rantau kerana kami tahu bahawa kami adalah wakil Amerika, bukan sahaja bagi Colombia, tetapi juga Amerika Selatan.

“Kini kami berjuang demi seluruh Amerika kerana pasukan nasional kami mewakili seluruh benua itu,” tegasnya.

Selepas disingkirkan daripada pertandingan itu pada 2019 dengan tiga kekalahan mengecewakan, Jamaica - yang berada di tangga ke-43 dunia – datang ke Australia, dan seperti Colombia, tidak ramai yang menjangkakan pasukan itu berupaya bertahan lama.

Meskipun kalah dalam pertandingan kali ini, pasukan itu boleh mendabik dada.

Ini selepas ia mencatatkan kemenangan bersejarah dalam Piala Dunia kali ini dengan menewaskan Panama 1-0 serta keputusan seri tanpa gol dengan Perancis dan Brazil.

Kempen Jamaica sehingga tahap kumpulan 16 pasukan terakhir ini, juga disertainya meskipun ia dibelenggu masalah kekurangan sokongan dan sumber.

Mereka juga membuat aduan kerana tidak diberi peluang membuat persediaan yang secukupnya.

“Saya ingin beri kredit kepada Colombia, sebab prestasi mereka lebih baik daripada kami,” kata jurulatih Jamaica, Lorne Donaldson.

“Namun diberi peluang datang ke sini tanpa menyertai perlawanan terdahulu, saya rasa sangat senang bagi pemain kami yang berupaya bertanding sehingga ke tahap ini.

“Mereka telah memberikan segalanya pada malam ini. Mereka sepatutnya rasa bangga terhadap diri mereka sendiri dan saya sangat bangga dengan mereka.”

Penyerang Jamaica dan pemain Manchester City Khadija Shaw, yang sering disekat daripada menerima peluang, berkata: “Saya percaya apabila anda bekerja keras, tiada apa yang mustahil dan kami hadir dalam pertandingan ini dan melakukan yang terbaik buat diri kami.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >