Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dua penyokong Sweden ditembak mati, perlawanan Belgium-Sweden dihenti

Serangan disifatkan sebagai tindakan pengganasan
Oct 17, 2023 | 01:05 PM



BRUSSELS: Dua warga Sweden ditembak mati di Brussels awal pagi Selasa oleh seorang suspek yang masih bebas, dalam serangan yang disifatkan Perdana Menteri Belgium, Encik Alexander De Croo, sebagai perbuatan “pengganasan”.


Beberapa media tempatan melaporkan dua orang yang terbunuh itu memakai baju pasukan bola sepak Sweden menjelang perlawanan kelayakan Euro 2024 Kumpulan F antara Sweden dengan Belgium.

Perlawanan di Stadium Roi Baudouin di Brussels itu dihentikan pada waktu rehat disebabkan kejadian tersebut, umum pasukan Belgium menerusi satu hantaran di Instagram.

Media tempatan melaporkan pemain Sweden tidak mahu meneruskan permainan selepas serangan tersebut dan penyokong diminta berada di dalam stadium.

Laman web Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) menyatakan perlawanan itu dihentikan semasa dua pasukan itu terikat 1-1.

Melalui wadah X, Encik De Croo berkata: “Saya baru sahaja menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Sweden menyusuli serangan mengerikan malam ini ke atas warga Sweden di Brussels.

“Ingatan kami kepada keluarga dan rakan-rakan yang kehilangan orang tersayang. Sebagai rakan negara yang rapat, perjuangan menentang keganasan adalah satu usaha bersama.”

Beliau menambah bahawa tembakan itu menyasarkan warga Sweden.

Jurucakap Suruhanjaya Eropah, Encik Olaf Gill, berkata beliau membaca berita itu dan meninggalkan stadium sedang beliau memakai jersi Sweden.

Dalam satu hantaran menerusi X, beliau berkata: “Helikopter, polis bersenjata di mana-mana. Polis menasihati, ‘Jangan tunjukkan warna (jersi) anda’. Malam yang menyedihkan di Brussels.”

Dalam pada itu, video seorang lelaki berbahasa Arab dan mengaku bertanggungjawab bagi tembakan itu tersebar di media sosial.

Lelaki bersenjata yang memakai jaket jingga itu, melarikan diri dengan menaiki skuter.

Belgium telah mengeluarkan amaran pengganasan tahap empat, iaitu yang tertinggi bagi wilayah Brussels, dan tahap tiga untuk peringkat kebangsaan.

Pendakwa raya persekutuan yang bertanggungjawab ke atas kes pengganasan sudah memulakan siasatan.

Pada Ogos 2023, Sweden menaikkan amaran pengganasannya ke tahap kedua tertinggi.

Ia turut memberi amaran tentang peningkatan ancaman terhadap kepentingan Sweden di luar negara, selepas pembakaran dan tindakan lain terhadap kitab Al-Quran di Sweden menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencetuskan ancaman daripada militan. – AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >