Dyche dipecat Forest selepas seri dengan Wolves

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dyche dipecat Forest selepas seri dengan Wolves

Beliau dipecat 114 hari selepas dilantik Okt 2025; Forest kini hanya 3 mata di atas zon penyingkiran EPL
Feb 12, 2026 | 2:10 PM

Dyche dipecat Forest selepas seri dengan Wolves

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
dipecat, Forest, Dyche
Pengurus Nottingham Forest, Sean Dyche, tiba sebelum perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara Leeds United dengan Forest di Elland Road, Leeds, pada 6 Februari 2026. Beliau dipecat selepas perlawanan itu, 114 hari selepas dilantik pada Oktober 2025. - Foto REUTERS

LONDON: Nottingham Forest memecat Sean Dyche sebagai ketua jurulatih selepas hanya 114 hari memegang jawatan dan kini memburu pengendali keempat musim ini.

Forest terikat tanpa jaringan di padang sendiri dengan kelab tercorot Wolverhampton Wanderers pada 11 Februari dan hanya tiga mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana England (EPL) dengan baki 12 perlawanan.

Dyche, 54 tahun, menggantikan Ange Postecoglou pada Oktober 2025 dengan kontrak hingga musim panas 2027.

“Kelab Bola Sepak Nottingham Forest mengesahkan Sean Dyche telah dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih,” menurut kenyataan kelab itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Sean dan kakitangannya atas usaha mereka dan mengharapkan yang terbaik buat mereka.”

Postecoglou pula hanya bertahan 39 hari selepas menggantikan Nuno Espirito Santo, yang dipecat selepas tiga perlawanan pada musim 2025-2026. 

Forest kini berpotensi menjadi kelab EPL pertama mempunyai empat pengurus tetap dalam satu musim.

Dyche mengambil alih pasukan di City Ground itu ketika Forest di tangga ke-18 selepas satu kemenangan dalam lapan perlawanan. 

Selepas tewas 0-2 kepada Bournemouth dalam aksi pertamanya, Dyce membawa Forest mencatat empat kemenangan dan satu seri dalam tujuh perlawanan berikutnya untuk keluar dari zon penyingkiran.

Empat kekalahan berturut-turut menyusul sebelum pasukannya bangkit dengan empat perlawanan tanpa kalah, termasuk menang 2-1 di West Ham dan seri tanpa jaringan dengan Arsenal.

Namun prestasi Leeds United dan West Ham yang meningkat memastikan Forest terus bergelut.

Di pentas Eropah, Forest menamatkan saingan kumpulan Liga Europa Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) di tangga ke-13 untuk mara ke fasa kalah mati dan bakal menentang Fenerbahce pada Februari. 

Mereka juga tersingkir daripada kedua-dua piala domestik di England.

Musim lalu Forest menamatkan saingan di tangga ketujuh dan layak ke Eropah, namun hubungan Nuno dengan pemilik Evangelos Marinakis merosot sebelum beliau dipecat.

Dyche, bekas pemain remaja Forest ketika era Brian Clough, sebelum ini mengendalikan Everton dan Burnley, membantu Burnley dua kali naik ke liga utama dan layak ke Eropah.

Selepas seri 0-0 dengan Wolves, Dyche seolah-olah menyedari nasibnya. 

Forest melakukan 35 percubaan tanpa gol dan hanya tiga mata di atas zon penyingkiran. 

Marinakis dilihat kecewa di bangku penonton.

“Jika pemilik mahu membuat perubahan, itu keputusan beliau. Begitulah hakikat bola sepak hari ini,” kata Dyche sebelum pemecatannya.

Walaupun memulakan tugas dengan tujuh kemenangan dalam 12 perlawanan, kemerosotan kepada hanya dua kemenangan dalam 10 aksi liga terakhir serta penyingkiran Piala FA akhirnya menghakis keyakinan.

Musim lalu mereka menamatkan saingan di tangga ketujuh serta berbelanja besar dengan sasaran menjuarai Liga Europa, khususnya di bawah Postecoglou. 

Namun musim ini yang sepatutnya menyaksikan kebangkitan Forest di Eropah bertukar hambar, dengan ancaman penyingkiran semakin nyata. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg