Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Eddie Jones inginkan jawatan jurulatih pasukan ragbi Jepun

Nov 13, 2023 | 05:30 AM



TOKYO: Eddie Jones ‘pasti berminat’ untuk melatih pasukan ragbi kebangsaan Jepun tetapi masih belum menerima tawaran, menurut pihak media Jepun yang memetik bekas bos England dan Australia itu.


Warga Australia berusia 63 tahun itu telah dikaitkan untuk kembali ke pasukan yang dipimpinnya pada 2012 hingga 2015, seminggu selepas beliau berhenti sebagai jurulatih Australia selepas tempoh yang mengecewakan.

Bercakap di Yokohama pada Selasa, Jones berkata bahawa beliau belum mengadakan sebarang perbincangan rasmi bersama Kesatuan Bola Sepak Ragbi Jepun (JRFU) tetapi beliau mengalu-alukannya.

“Biar jelas, saya tidak menerima tawaran,” jelas Jones, menurut Kyodo News dan media tempatan terkemuka yang lain.


“Namun jika mereka mendekati saya dan bertanya:

“Adakah anda berminat untuk melatih kami?’, saya pasti berminat,” tambah beliau.

Isteri Jones merupakan warga Jepun dan sedang menetap di sana. Ibunya pula berdarah kacukan Jepun dan Amerika.

Warga Australia itu dilaporkan menjadi calon utama dalam senarai calon JRFU termasuk juga Frans Ludeke dari Afrika Selatan, yang membimbing Kubota Spears memenangi kejuaraan kelab Jepun musim lalu.

Jurulatih berusia 55 tahun itu akan ditemu duga pada November, selepas Jamie Joseph meletakkan jawatannya selepas penyingkiran Jepun dalam pusingan pertama di Piala Dunia Ragbi.

Media Australia melaporkan bahawa Jones telah ditemu bual dalam talian dengan JRFU semasa beliau masih membimbing Australia dalam Piala Dunia pada 8 September ke 28 Oktober, tetapi dengan tegas Jones menafikannya.

Namun, kini setelah beliau tidak mempunyai pekerjaan, beliau katakan bahawa ragbi Jepun ‘memang selalu menarik minat saya’.

“Jepun tidak boleh kekal di mana mereka berada kerana jika mereka kekal, prestasi mereka sebenarnya akan mula merosot. Justeru mereka perlukan dorongan besar sekarang,” katanya.

Jones membimbing Jepun untuk meraih kemenangan bersejarah ke atas Afrika Selatan pada Piala Dunia 2015 di England, dalam perlawanan yang dikenali sebagai ‘The Brighton Miracle’.

Kejayaannya bersama Jepun membantunya menjadi jurulatih England, yang dipimpinnya sehingga ke peringkat akhir Piala Dunia 2019, namun akhirnya dikalahkan oleh Afrika Selatan, yang mengekalkan trofi mereka di Perancis.

Beliau dipecat oleh England pada Disember setelah memenangi hanya lima daripada 13 perlawanan pada 2022.

Jones menjadi jurulatih Australia pada Januari tetapi berhenti minggu lalu selepas hanya dua kemenangan daripada sembilan perlawanan, termasuk prestasi Piala Dunia yang paling teruk, di mana Australia tidak berjaya mara dari peringkat kumpulan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >