Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FAS bentuk program relawan sokong bola sepak peringkat akar umbi

Aug 03, 2023 | 07:38 PM



Satu inisiatif untuk menyatukan relawan bola sepak telah ditubuhkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis.

Usaha itu, antara lain, bertujuan melibatkan tenaga relawan di peringkat akar umbi untuk bersama memain peranan membangun bola sepak di peringkat belia.

Dinamakan Program Relawan FAS, ia bertujuan untuk menarik, melatih dan mengurus relawan yang memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek operasi bola sepak.

Ini termasuk penjurulatihan, menganjurkan perlawanan dan menguruskan acara. 

Menurut FAS, tenaga relawan diperlukan, terutamanya untuk menjayakan Liga Belia Singapura yang baru dan dijangka bermula pada 2024.

Liga itu, yang bakal disertai pemain berusia dari lapan tahun hingga 17 tahun diumumkan oleh FAS pada hari yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >