

Geylang United dan Tampines Rovers seri 1-1 dalam perlawanan ‘Eastern Derby’ penuh aksi pada Ahad malam di Stadium Our Tampines Hub (OTH).
Kedua-dua pasukan, yang berpangkalan di timur Singapura, masing-masing kekal di tangga kelima dan ketiga dengan Geylang mencatatkan 23 mata dan Tampines pula 35 mata setelah 16 perlawanan.
Gol Geylang dijaringkan Vincent Bezecourt pada minit ke-17, menyamakan kedudukan satu minit setelah penyerang Tampines, Boris Kopitovic, membuka tirai jaringan pada minit ke-16.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan pada malam sama, Hougang United tewas 1-3 di tangan Balestier melalui gol oleh Ryoya Taniguchi pada minit ke-48, Madhu Mohana pada minit ke-54 dan Masahiro Sugita pada minit ke-89. Gol Hougang pula dijaringkan Hazzuwan Halim.