Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hancurnya harapan isteri Diogo Jota selepas tragedi

Jul 4, 2025 | 5:43 PM
Diogo Jota (kiri) bersama isterinya Rute Cardoso ketika melangsung perkahwinan dua minggu lalu.
Diogo Jota (kiri) bersama isterinya Rute Cardoso ketika melangsung perkahwinan dua minggu lalu. - Foto Agensi

LISBON: Isteri kepada mendiang Diogo Jota, Rute Cardoso akhirnya meluahkan kesedihan mendalam di laman sosial selepas pemergian suami tercinta dalam nahas jalan raya yang menggemparkan dunia bola sepak.

Dalam satu hantaran penuh emosi, Rute hanya menulis tiga perkataan pendek namun sangat menyentuh hati “Ya, selamanya... tapi bukan begini.”

Kenyataan itu merujuk kepada kapsyen perkahwinan mereka sebelum ini yang turut memaparkan gambar indah di majlis pernikahan yang berlangsung pada 22 Jun lalu, lapor Harian Metro.

Pasangan berkenaan baru sahaja melafazkan ikrar cinta abadi namun takdir berkata sebaliknya.

Rute dan Jota yang bersama sejak zaman remaja dikurniakan tiga orang cahaya mata dan sering berkongsi detik bahagia mereka sebagai satu keluarga.

Gambar keluarga mereka pernah menjadi perhatian ramai kerana keakraban dan nilai kekeluargaan yang tinggi.

Luahan Rute turut menerima ribuan respons daripada peminat rakan sepasukan dan masyarakat bola sepak global.

Ramai yang berkongsi kesedihan dan memberikan kata kata semangat buat wanita itu yang kehilangan suami dan bapa kepada anak-anaknya dalam sekelip mata.

Tragedi yang berlaku di Zamora utara Sepanyol itu meragut dua nyawa iaitu Jota dan adiknya Andreé Silva selepas kereta mewah yang dipandu terbabas dan terbakar dalam keadaan mengerikan.

Kelab Liverpool turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga Jota serta menyatakan bahawa Rute dan anak anak mereka akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga kelab itu.

Di luar Stadium Anfield ratusan peminat berkumpul sambil membawa bunga lilin dan jersi sebagai penghormatan terakhir buat pemain kesayangan mereka. Nama Jota dilaung bersama tangisan dan doa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg