Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Harapan Ireland ke Euro 2024 tinggal impian apabila tewas di tangan Belanda

Sep 11, 2023 | 04:38 PM



DUBLIN: Harapan Republik Ireland untuk layak ke Euro 2024 berakhir selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan dan menyebabkan pasukan lawannya itu berputih mata akhirnya.


Adam Idah memberikan Ireland permulaan yang baik dengan sepakan penalti minit keempat selepas bola terkena tangan Virgil van Dijk.

Tetapi Belanda membalas dengan sepakan penalti melalui Cody Gakpo.

Pemain gantian Wout Weghorst kemudian menutup tirai harapan Ireland – kekalahan keempat mereka dalam lima perlawanan kelayakan.

Kekalahan itu meletakkan pasukan kendalian Stephen Kenny enam mata di belakang Belanda setelah bermain satu perlawanan lebih banyak daripada pasukan yang menduduki tangga kedua itu.

Setelah ini, Ireland akan menentang Greece di padang sendiri dan Gibraltar di tempat lawan pada Oktober.

Dengan perlawanan terakhir menentang Belanda, kekalahan pada Ahad di Dublin menutup peluang Ireland dan memberi lebih banyak tekanan ke atas Kenny selepas kegagalannya mengemudi pasukan itu dalam Euro 2020 dan Piala Dunia 2022.

Pada petang perlawanan di Dublin yang nyaman, campuran rasa gemuruh dan keterujaan dalam kalangan penonton tuan rumah dapat dirasakan serta-merta.

Ketika sepak mula menghampiri, mereka meneriak kuat didorong harapan melihat pasukan mereka melakukan kejutan luar biasa dan menghidupkan semula harapan kelayakan mereka.

Pemain Ireland jelas bersemangat dengan suasana hingar bingar itu, dan sedang mereka terpaksa melakukan segala-galanya kecuali menjaringkan gol ketika menentang Perancis di padang itu pada Mac, kali ini mereka hanya perlu menunggu empat minit.

Tandukan Shane Duffy daripada satu tendangan sudut terkena tangan Van Dijk.

Idah menyempurnakan sepakan penalti dengan penuh yakin.

Tetapi sorakan penyokong tuan rumah tidak kekal lama.

Selepas pasukan tuan rumah membendung penguasaan bola, Gakpo membelah pertahanan mereka dan apabila Denzel Dumfries mendapat bola sebelum Bazunu meluru, pengadil Irfan Peljto menunjuk titik penalti.

Penalti Gakpo yang diambil dengan penuh yakin memberi tenaga kepada Belanda, dengan Bazunu melakukan yang terbaik untuk menggagalkan Donyell Malen.

Lima minit sebelum rehat, Bazunu mengecewakan Malen sekali lagi, membelokkan kakinya dari rembatan rendah penyerang Borussia Dortmund itu.

Tetapi Ireland tidak terpengaruh dengan kepantasan Belanda dan terus menyerang, mengasak dengan agresif, mengejar dan memburu trio bek tengah.

Tetapi Belanda terbukti lebih bertenaga dan gagah dan Weghorst menjaringkan gol 11 minit selepas dimasukkan untuk mereka mengalahkan Ireland 2-1. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >