KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi gelaran Piala Malaysia kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kuching City, yang diketuai jurulatih Singapura, Aidil Sharin, 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei.

Pasukan Kuching City berjaya bertahan hingga minit ke-81, sebelum pemain sayap JDT yang berasal dari Brazil, Marcos Guilherme, meletakkan pasukannya di hadapan.

Penyerang bintang JDT, Arif Aiman, mengesahkan kemenangan mereka pada masa kecederaan.

JDT menyangka mereka menambah gol ketiga pada minit ke-95 apabila pemain tengah mereka, Stuart Wilkin, berjaya menjaringkan gol, namun jaringan itu dibatalkan.

Aidil sebelum ini pernah membawa Kedah Darul Aman ke perlawanan akhir Piala Malaysia, tetapi turut tewas kepada JDT pada 2019.

Kemenangan JDT pada 23 Mei menandakan musim keempat berturut-turut sejak 2022, yang mana kelab itu menyapu bersih kesemua empat trofi utama Malaysia – Piala Sumbangsih, Piala FA Malaysia, Liga Super Malaysia (MSL) dan Piala Malaysia. – Agensi berita.