Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kemenangan ke atas New Zealand saat bersejarah, kata pengurus Filipina

Jul 26, 2023 | 05:30 PM



WELLINGTON: Pasukan bola sepak wanita Filipina mencatatkan kemenangan pertama dalam Piala Dunia Wanita, dalam apa yang disifatkan oleh pengurus Alen Stajcic sebagai “salah satu kemenangan terbesar dalam sejarah sukan negara” itu.


Skuad kendaliannya mengatasi tuan rumah New Zealand 1-0 dalam perlawanan pada Selasa di Stadium Daerah Wellington.

Sarina Bolden menyempurnakan hantaran lintang Sara Eggesvik dengan menanduk masuk bola ke dalam gawang pada minit ke-24.

Stajcic berkata: “Ia penuh dengan emosi di atas padang, melihat hampir semua pemain menitiskan air mata. Ia sukar dipercayai.

“Apabila anda mendengar kisah-kisah pasukan lain memakan masa lama untuk memenangi perlawanan Piala Dunia... Kami telah lakukannya dalam perlawanan kami yang kedua dalam edisi Piala Dunia kami yang pertama.

“Perpaduan, kerja keras dan semangat berpasukan (dalam perlawanan) adalah istimewa... Ia salah satu kemenangan terbesar dalam sejarah negara.”

Emosi tersebut dapat dilihat sejuruh wisel penamat ditiup apabila pemain dan kakitangan Filipina berlari masuk di atas padang, ada di antara mereka yang seakan masih tidak percaya dengan kemenangan yang dicatatkan.

Sementara itu, New Zealand – yang mengatasi Norway dalam perlawanan pembukaan temasya Piala Dunia – sedia maklum bahawa kemenangan bagi perlawanan ini akan mengesahkan tempat dalam pusingan 16 pasukan terakhir.

Namun, mereka gagal memecahkan pertahanan Filipina dan mengasak lawan.

Didorong oleh sorakan penyokong yang lantang, New Zealand berusaha mendapatkan gol penyamaan dalam separuh masa kedua dan hampir menyamakan kedudukan menyusli Jacqui Hand pada minit ke-70.

Namun penolong pengadil menggunakan video (VAR) membatalkan gol tersebut kerana diputuskan sebagai ‘offside’.

Penjaga gawang New Zealand, Olivia McDaniel, berkata: “Ia (perlawanan ini) penuh bermakna buat kami. Kami memberikan segalanya dan tahu apa untuk dijangkakan.

“Kami mempunyai matlamat dan kami telah mencapainya.

“Inilah apa yang pasukan dan kakitangan kejurulatihan telah lakukan. Kami memberikan usaha kami dan berada di pada kedudukan ini kerana usaha sedemikian.

“Tetapi kami masih mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan.”

Kemenangan Filipina ke atas New Zealand dalam perlawanan Kumpulan A membuat laluan ke peringkat 16 pasukan terakhir lebih terbuka.

New Zealand dan Switzerland tidak mampu tercicir mata apabila ia bertemu dalam perlawanan seterusnya pada Ahad untuk mara ke peringkat seterusnya.

Begitu juga Filipina, yang mesti mengatasi Norway dalam perlawanan pada Ahad. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >