Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ketua bola sepak Sepanyol Luis Rubiales letak jawatan

Sep 11, 2023 | 04:42 PM



MADRID: Ketua persekutuan bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales, meletak jawatan pada Ahad, selepas tiga minggu dihantui skandal dakwaan bahawa beliau memberi ciuman tanpa diminta kepada seorang pemain pasukan kebangsaan wanita negara itu, ketika mereka merai kemenangan Piala Dunia Ogos lalu.


Rubiales mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu kenyataan di mana beliau berkata kedudukannya tidak dapat dipertahankan.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada pemangku presiden, Pedro Rocha.

Ciumannya terhadap pemain Jenni Hermoso selepas kemenangan Piala Dunia di Sydney pada 20 Ogos mencetuskan kemarahan pemain, pegawai pemerintah dan ramai orang di Sepanyol, dan menimbulkan persoalan mengenai seksisme dalam sukan.

Keputusannya untuk berundur dibuat selepas mendapat lebih banyak cemuhan dalam beberapa hari terakhir ini.

Seorang pendakwa raya Sepanyol memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi terhadap Rubiales pada Jumaat kerana serangan seksual dan paksaan.

Aduan itu – dibuat selepas Hermoso membuat aduan jenayah berhubung kejadian itu awal minggu ini – menggambarkan cara Rubiales mencium mulut Hermoso “tanpa persetujuannya” dengan memegang kepalanya dengan kedua-dua tangannya, selepas Sepanyol mengalahkan England untuk merangkul Piala Dunia.

Rubiales berkata ciuman itu dilakukan bersama dan disetujui, dan hingga Ahad lalu menolak gesaan pemain, pegawai pemerintah dan pihak lain agar beliau meletak jawatan.

Rubiales telah digantung tiga bulan daripada semua kegiatan bola sepak oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sementara menunggu siasatan badan induk bola sepak dunia itu ke atas tindakannya.

“Selepas penggantungan segera oleh Fifa, ditambah dengan prosiding lain yang dibuka terhadap saya, adalah jelas bahawa saya tidak akan dapat kembali ke jawatan saya,” kata Rubiales dalam kenyataannya.

“Bertegas untuk menunggu dan mempertahankannya... tidak akan menyumbang sesuatu yang positif, baik kepada Persekutuan mahupun bola sepak Sepanyol. Antara lain, kerana ada kuasa de facto yang akan menghalang saya.”

Rubiales berkata beliau juga telah meletak jawatan sebagai naib presiden badan bola sepak Eropah Uefa.

Beliau menyampaikan kenyataannya di X, platform media sosial yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Namun, Rubiales terus mempertahankan versinya mengenai apa yang berlaku. “Saya akan pertahankan maruah saya,” katanya dalam satu mesej yang disiarkan bersama kenyataannya.

“Saya akan mempertahankan ketakbersalahan saya. Saya percaya pada masa depan. Saya percaya pada kebenaran.”

Hermoso, penjaring terbanyak sepanjang zaman Sepanyol dengan 51 gol, bermain bersama pasukan divisyen teratas Mexico, Pachuca. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >