Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Khair Rizauddin pengurus besar baru Geylang International

Jul 04, 2023 | 05:42 PM



Pasukan Liga Perdana Singapura (SPL) Geylang International mengumumkan pelantikan Khair Rizauddin sebagai pengurus besar kelab itu pada Isnin.

Khair, 32 tahun, menyertai kelab tersebut daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), yang mana beliau berkhidmat di Pejabat Setiausaha Agung sebagai Eksekutif Kanan bagi Strategi dan Pembangunan sejak Ogos 2021.

Menurut Geylang dalam satu kenyataan di laman webnya pada Isnin, kerjaya Khair bersama badan pentadbir bola sepak negara itu bermula pada Mac 2017 apabila beliau terlibat dalam persediaan kejurulatihan Pusat Kecemerlangan Junior (JCOE). 

Setahun kemudian, beliau beralih kepada peranan pentadbiran sebagai eksekutif Jabatan Pertandingan FAS.

Khair memainkan peranan penting dalam menganjurkan kejohanan antarabangsa setempat dan rasmi, termasuk Kelayakan Asia Piala Dunia FIFA 2022 dan Piala AFC.

Dalam tempoh ini, beliau juga menamatkan program Sarjana FIFA – Sarjana Antarabangsa dalam Pengurusan, Undang-Undang, dan Ilmu Kemanusiaan Sukan yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Sukan Antarabangsa pada 2021, menurut kelab itu.

Pelantikan Khair adalah antara perubahan baru dalam pengurusan Geylang sejak kebelakangan ini. 

Empat bulan selepas menjadi kelab bola sepak Asia Tenggara pertama untuk bekerjasama dengan City Football Group (CFG) pada Februari, pasukan Eagles telah melantik warga China, Shi Kan, untuk menggantikan Hossain Sumon sebagai naib pengerusi kelab tersebut pada mesyuarat agung tahunan mereka pada 18 Jun.

Shi, 42 tahun, ialah pengerusi dan ketua eksekutif syarikat teknologi sejagat, CUE Group, yang mempunyai 11 pejabat di Asia Pasifik, termasuk ibu pejabatnya di Singapura, dan hampir 2,000 pekerja.

Penglibatannya dalam sukan termasuk peranannya dalam Persatuan Bola Keranjang China dan sektor hartanah e-sukan termasuk dari segi kerjasama, pelesenan harta intelek, pengedaran kepada jualan dan e-dagang.

Shi memberitahu The Sunday Times bahawa beliau mengetahui Geylang mempunyai dua kejuaraan liga (1996 dan 2001) dan memenangi Piala Singapura 2009, melalui penasihat dan bekas pengerusi mereka Ben Teng pada sesi rangkaian di 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >