Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Loh Kean Yew tumbang di pusingan kedua Terbuka Indonesia

Jaguh nombor satu S’pura tewas 19-21, 14-21
kepada juara Terbuka All England dari China,
Li Shifeng, manakala pemain perseorangan wanita negara, Yeo Jia Min, juga tersingkir
Jun 15, 2023 | 02:15 PM



Perjalanan pemain badminton nombor satu negara, Loh Kean Yew, di Terbuka Indonesia berakhir selepas beliau tewas kepada juara Terbuka All England dari China, Li Shifeng, dalam pusingan kedua.

Loh tewas dalam ‘straight set’ – 19-21, 14-21 – dalam pertarungan yang berlangsung kurang sejam.

Rakan sepasukan, Yeo Jia Min, juga tersingkir daripada acara perseorangan wanita selepas tewas 24-26, 21-23 kepada Carolina Marin dari Sepanyol.

Ini bermakna kededua wakil Singapura dalam acara perseorangan telah tersingkir.

Kekalahan itu mengecewakan bagi Loh yang menewaskan pemain tuan rumah, Chico Wardoyo, dalam perlawanan pusingan pertama.

Malah, ia berlaku dalam pertandingan pertama sejak beliau disingkir daripada Terbuka Singapura dalam pusingan 16 pemain terakhir pada awal bulan ini.

Bercakap kepada akhbar The Straits Times, Loh berkata beliau bergelut dengan selesema sejak pertandingan bermula.

“Saya mencuba sedaya upaya saya dan tubuh saya bak hendak rebah pada hari sebelumnya (semasa menewaskan Wardoyo) Hari ini saya bak tiada tenaga lagi. Saya harap dapat pulih dan bangkit lebih kuat pada masa depan,” katanya.

Di Indonesia, Loh telah memulakan pertandingan dengan baik untuk menebus kekecewaan tewas kepada pemain ke-30 dunia, Christo Popov, dari Perancis semasa di Terbuka Singapura.

Semasa bertemu Wardoyo, beliau bermain seperti pemain yang ‘dirasuk’ – berlari ke setiap sudut gelanggang untuk menangkis serangan lawan dan gigih mencari sudut untuk menyerang.

Walau berdepan dengan penyokong tuan rumah yang memenuhi gelanggang di Istora Gelora Bung Karno, pada Rabu, Loh berjaya menangani tekanan dan mempertahankan gelanggang daripada dicerobohi oleh Wardoyo, pemain nombor ke-23 dunia.

Sebanyak 10 kali Wardoyo berusaha untuk melakukan pukulan smash dengan pukulan drop secara terperinci, namun Loh sentiasa mempertahankan gelanggangnya dan menyelamatkan keadaan dengan sempurna.


Beliau beraksi bermati-matian sehingga adakalanya ‘membuang’ dirinya bak seorang penjaga gawang semata-mata untuk mendapatkan mata.

Sehinggakan lawannya yang mewakili Indonesia terpaksa akur kepada kepantasan dan kehebatan Loh.

Loh menang 21-15, 23-21 dalam permainan yang berlangsung selama 45 minit itu.

Selepas perlawanan itu, beliau berkata: “Sememangnya ia perlawanan menyeronokkan dan memenatkan, dan mungkin juga paling menghiburkan yang pernah saya beraksi. Dan saya memang gembira kerana memenanginya sehingga membawa kepada kejayaan ini.”

Beliau kurang tersenyum, seolah-olah begitu tertumpu kepada permainannya, dan melepaskan pukulan-pukulan garang sehingga mendahului 18-8 dan 6-0 – masing-masing dalam set pertama dan kedua.

Meskipun pemenang kedua Kejuaraan Junior Sedunia 2016 itu mampu menyelamatkan tiga mata penentuan untuk menyamai set kedua dan mengikat perlawanan menjadi 20-20, namun Loh mampu menenangkan rentak permainannya, dan menghasilkan pertahanan yang membawa kepada kejayaannya.

Hanya selepas perlawanan itu berakhir, barulah Loh mula mengukir senyumannya dan menyambut kemenangannya itu dengan penuh kemeriahan.

Terbuka Indonesia menawarkan hadiah AS$1.25 juta ($1.68 juta).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >