Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man Utd menang walau prestasi hambar

Apr 25, 2024 | 01:31 PM



MANCHESTER: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, memimpin pasukannya untuk memastikan satu lagi prestasi huru-hara akhirnya berakhir dengan kemenangan apabila mereka mengalahkan Sheffield United 4-2 di Old Trafford pada 25 April.


Namun, United kelihatan seperti mereka akan kalah di tangan Sheffield United, yang kini berada di tangga terakhir Liga Perdana England (EPL) dan berkemungkinan besar tersingkir daripada liga pada penghujung musim.

Sheffield United, yang hanya mampu mencatatkan tiga kemenangan musim ini, mendahului perlawanan itu dua kali melalui gol-gol pemain sayap Jayden Bogle pada minit ke-35, dan penyerang Ben Brereton Diaz pada minit ke-50.

Tetapi Fernandes menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, dan kemudian menjaringkan gol keduanya sembilan minit sebelum perlawanan tamat.

Empat minit selepas gol keduanya, pemain Portugal itu memberi ‘assist’ kepada penyerang Rasmus Hojlund untuk gol pertamanya sejak Februari.

Kemenangan itu membolehkan United melompat ke tangga keenam EPL dengan 53 mata, manakala Newcastle United kini berada di tangga ketujuh dengan 50 mata.

Pengurus United, Erik ten Hag berkata: “Beliau (Fernandes) menunjukkan mutu kepimpinannya.

“Beliau cuba memberi semangat kepada pasukan dan beliau juga berada dalam form yang baik. Kami meletakkannya di posisi betul dan apabila beliau berada di posisi tersebut, beliau membuat keputusan yang betul.

“Beliau boleh mencipta banyak (peluang), menjaringkan gol, memberi ‘assist’ dan membuat aksi penting. Kami sangat gembira dengan prestasi dan sikapnya.”

Fernandes kini telah menjaringkan tujuh gol dan melakukan dua ‘assist’ dalam lima perlawanan terakhir United.

Dari segi hiburan, perlawanan mereka yang melibatkan banyak gol menimbulkan sensasi.

Namun, United tidak mempunyai struktur dan ini sudah tentu dikhuatirkan pengarah teknikal baru, Jason Wilcox, ketika beliau menonton perlawanan daripada tempat pengarah Old Trafford buat kali pertama sejak pelantikannya disahkan minggu lalu.

Ten Hag telah mengecam media sehari sebelum perlawanan itu.

Beliau melabelkan liputan mengenai kemenangan separuh akhir Piala FA pasukannya, menerusi sepakan penalti ke atas Coventry, sebagai “memalukan”.

Namun, prestasi pasukannya menentang Sheffield gagal meyakinkan dan menukar pemikiran ramai.

Pengurus United itu telah menghadapi masalah kecederaan dan prestasi dalam skuadnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Penjaga gol Andre Onana, merupakan pemain yang boleh dipercayai. Prestasinya baru-baru ini harus dipuji, memandangkan beliau telah beraksi di belakang benteng pertahanan yang banyak menghadapi percubaan ke gawang mereka.

Namun, ketika menentang Sheffield, prestasi Onana tidak cukup meyakinkan. Beliau cuba membuat hantaran ke Diogo Dalot dalam kotak penalti sendiri tetapi Bogle berjaya menerkam dan menjaringkan gol pertama Sheffield.

Kesilapan seperti itu tidak boleh dihentikan United sepanjang musim dan ia menyukarkan mereka untuk menang perlawanan dengan selesa.

Walaupun selepas bek tengah Harry Maguire berjaya menjaringkan gol hasil tandukan menerusi hantaran silang pemain sayap Alejandro Garnacho untuk menyamakan kedudukan pada minit minit ke-42, United tidak mempertahankan benteng dengan dengan baik pada separuh masa kedua dan menghadiahkan Sheffield gol kedua mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >