Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ogura mahu pemain tunjuk komitmen tinggi

Skuad Singa jalani latihan pusat di Jepun, temu tiga kelab Liga J
Oct 4, 2024 | 12:12 PM
Abdul Rasaq Akeem beraksi dalam jersi nasional di Sukan SEA 2023 semasa menentang Thailand di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja.
Abdul Rasaq Akeem beraksi dalam jersi nasional di Sukan SEA 2023 semasa menentang Thailand di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja. - Foto SNOC

Skuad bola sepak nasional akan menjalani latihan pusat di Jepun pada Oktober.

Ia dijadual bertemu tiga kelab Liga Jepun (Liga J), sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang Piala Asean Mitsubishi Electric pada hujung 2024.

Sejumlah 30 pemain diundang untuk menyertai skuad latihan termasuk pemain BH Tampines Rovers, Kyoga Nakamura.

Nakamura, 28 tahun, berstatus Penduduk Tetap di sini, tetapi boleh disertakan dalam skuad nasional bagi kejohanan serantau itu.

Lima pemain yang berpangkalan di luar negara – Irfan Fandi (Port FC, Thailand); Safuwan Baharudin (Selangor, Malaysia); Jacob Mahler (Muangthong United, Thailand); Harhys Stewart (Chiangrai United, Thailand); Ikhsan Fandi (BG Pathum United, Thailand) dan Ilhan Fandi (BG Pathum United, Thailand) – juga disertakan dalam skuad.

Dua pemain muda, penjaga gawang Young Lions, Aizil Yazid dan pemain barisan depan Lion City Sailors, Abdul Rasaq Akeem disertakan buat kali pertama.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata perlawanan dengan kelab-kelab Liga-J dijangka menguji pembangunan taktik pemain dan kecergasan mereka.

Ketua jurulatih, Tsutomu Ogura, berkata pemain tidak perlu bersikap terlalu menghormati pemain lawan di Jepun, walaupun mereka mewakili pasukan yang beraksi dalam liga teratas di negara itu.

“Kita hanya perlu memberi tumpuan kepada matlamat yang telah ditetapkan dalam perlawanan tersebut dan berikan apa yang diminta.

“Dalam perlawanan ini, kami mahu melihat pemain dapat beraksi dalam pertandingan bola sepak berintensiti tinggi bagi tempoh yang lebih lama daripada sebelum ini,” ujar Ogura.

Menurutnya, sesi latihan itu juga bertujuan memperkukuh perpaduan antara pemain dengan memperhalusi pelaksanaan taktik.

“Bagi baki tempoh latihan, kami mahu melihat pemain menunjukkan komitmen sebenar dalam sesi latihan, dan lebih selesa dengan cara bola sepak dimainkan yang kita mahukan.

Piala Asean Mitsubishi Electric bermula dengan perlawanan kelayakan pada 8 Oktober dan 15 Oktober melibatkan Brunei dan Timor-Leste, dengan pemenang menyertai Kumpulan A.

Singapura juga ditempatkan dalam Kumpulan A, dengan Thailand, Malaysia dan Kemboja. Pusingan kumpulan bermula pada 8 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg