Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan bola sepak S’pura bawah 22 tahun S’pura tidak akan ke Sukan Asia Hangzhou

Jul 11, 2023 | 02:27 PM



Pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun (U22) tidak akan disertakan dalam Sukan Asia Hangzhou 2022, yang dijadualkan berlangsung pada September akan datang.

Keputusan itu dibuat hasil perbincangan antara Majlis Sukan Singapura (SportSG), Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Satu kenyataan FAS menyatakan bahawa SportSG menyokong keputusan itu dan SNOC tidak membantah.

Keputusan itu dicapai menyusuli Semakan Bola Sepak Pos Sukan SEA 2023 yang diumumkan minggu lalu, dan keputusan untuk tidak menyertai Sukan Asia sejajar dengan saranan daripada semakan itu.

Salah satu saranan itu adalah bagi pasukan lelaki nasional U22 untuk menumpukan kepada dua pertandingan utama:

Sukan SEA dan pertandingan kelayakan Piala Asia Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 tahun (U23) 2024 .

Tambahan lagi, persembahan pasukan itu baru-baru ini serta konflik jadual turut dipertimbang.

Sukan Asia diletakkan di luar jadual FIFA dan berlangsung pada bulan yang sama dengan kelayakan Piala Asia AFC U23 2024




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >