Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan bola sepak wanita Afghan akan bertanding di UAE

Sep 25, 2025 | 1:54 PM
Bola sepak, wanita, Afghanistan
Pasukan bola sepak wanita pelarian dari Afghanistan bergambar semasa sesi pemilihan pemain di St. George’s Park, Burton upon Trent, Britain, pada 26 Ogos. - Foto REUTERS

BRITAIN: Pasukan bola sepak wanita pelarian Afghanistan akan membuat penampilan sulung dalam satu pertandingan persahabatan antarabangsa di Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Oktober 2025.

Pasukan pelarian tersebut ditubuhkan menyusuli keputusan pemerintah Taliban mengharamkan wanita daripada menyertai sukan setelah mereka menguasai Afghanistan pada 2021.

Tindakan tersebut mengakibatkan para pemain melarikan diri dari negara itu, lapor agensi berita Reuters.

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengatakan pada 24 September bahawa pertandingan ‘Fifa Bersatu: Siri Wanita’ akan merangkumi empat pasukan – pasukan Afghanistan yang baru ditubuhkan serta pasukan UAE, Chad dan Libya.

Ia akan berlangsung dari 23 hingga 29 Oktober di Dubai.

Sebelum Taliban mengambil alih kuasa, Afghanistan mempunyai 25 pemain wanita di bawah kontrak, kebanyakan mereka kini tinggal di Australia.

Fifa minggu lalu menganjurkan kem mencungkil bakat untuk pasukan pelarian Afghanistan, di padang yang biasanya digunakan untuk pasukan lelaki dan wanita England. Sekitar 70 pemain tampil dalam sesi tersebut.

Ketua jurulatih Pauline Hamill dan kakitangan kejurulatihannya merancang untuk membentuk skuad 23 pemain terakhir bagi pertandingan pada Oktober itu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Fifa, Gianni Infantino, berkata: “Salah satu keutamaan di Fifa adalah memastikan semua wanita diberi akses kepada bola sepak, itu satu elemen yang penting untuk membentuk masa depan sukan kita.

“Kami sedar permainan ini berpotensi membawa kesan di dalam dan luar padang. Perlawanan persahabatan seperti ini lebih daripada pertandingan; ia merupakan simbol harapan dan kemajuan untuk wanita di serata dunia.”Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg