Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sepanyol tidak ambil ringan ancaman Georgia

Jun 30, 2024 | 5:30 AM
Kejayaan Georgia melangkah ke pusingan kalah mata dilihat sebagai satu kejutan dan kejayaan besar.
Kejayaan Georgia melangkah ke pusingan kalah mata dilihat sebagai satu kejutan dan kejayaan besar. - Foto EPA-EFE

COLOGNE: Dalam satu lagi perlawanan pusingan kalah mati, Sepanyol bertemu Georgia, dengan pasukan pimpinan Luis de la Fuente jelas menjadi pasukan pilihan.

Sepanyol muncul sebagai juara Kumpulan B dengan sembilan mata penuh dan menjaringkan lima gol.

Georgia pula layak ke pusingan kalah mati sebagai pasukan yang mendapat tempat ketiga terbaik, setelah mencatat empat mata.

Tiga mata dalam perlawanan akhir mereka itu, menentang Portugal, telah membantu Georgia melayakkan diri.

Keputusan tersebut, menurut jurulatih mereka, Willy Sagnol, telah memberi suntikan semangat dan keyakinan yang berharga bagi pemainnya.

“Persembahan menentang Portugal menunjukkan kami mampu menyaingi sesiapa pun,” ujar beliau,

Akur, de la Fuente berkata pasukannya tidak akan memandang ringan ancaman Georgia.

“Kami harus bersikap profesional. Rekod dalam pusingan kumpulan sudah tidak bermakna lagi. Ini adalah perlawanan paling penting sekarang,” ujar beliau.

Perlawanan antara Sepanyol dan Georgia akan berlangsung pada 1 Julai, 3 pagi (waktu Singapura). – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg