Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU ARSENAL LWN SPURS

Seperti selalu Arsenal pastikan Spurs balik tangan kosong

Sep 24, 2023 | 05:30 AM



Jangan lupa ucap selamat kalau bertandang ke tempat orang!

Tottenham Hotspur malam ini akan berkunjung ke Stadium Emirates dengan tuan rumah Arsenal sedia menyambut kehadiran mereka.

Adakah kesudahan yang sama bakal dilihat sekali lagi?

Seperti musim-musim yang sudah, kubu The Gunners itu bagaikan sukar ditembusi Spurs yang akan pulang tanpa tiga mata penuh.

Sejak Arsenal berpindah ke Stadium Emirates dari Highbury pada musim panas 2006, Spurs hanya memperoleh satu kemenangan dalam saingan Liga Perdana England (EPL) pada November 2010 apabila mereka berjaya bangkit dan menang 3-2.

Di hadapan penyokong mereka sendiri, Arsenal juga berjaya menundukkan musuh ketat mereka dengan memperoleh kemenangan 5-2 berturut-turut pada kempen 2011/12 dan 2012/13.

Tanpa Kane Spurs masih handal

Tidak dapat dinafikan persembahan Spurs musim ini merupakan sesuatu yang tidak ramai jangkakan, lebih-lebih setelah mereka kehilangan kapten dan pemain ‘azimat’ Harry Kane yang berpindah ke Bayern Munich untuk mencuba nasib memenangi trofi.

Kedua-dua pasukan itu belum merasakan kekalahan dalam saingan liga setakat musim ini.

Pasukan kendalian Mikel Arteta berharap dapat melangkah yakin pada perlawanan ‘derby’ ini selepas kemenangan ke atas Everton di padang lawan.

Arsenal juga berharap untuk meneruskan rentak kemenangan mereka sambil menyasarkan untuk menjadikannya tiga kemenangan berturut-turut menentang musuh mereka itu.

Bagaimanapun, ia akan menjadi satu tugas yang sukar kerana pengurus baru Spurs, Ange Postecoglou, telah menanamkan semangat baru dalam pemain pasukan Lilywhites itu, sekali gus mengembalikan kepercayaan dalam diri setiap peminat mereka.

Perkara yang sama juga boleh dikatakan tentang Arsenal.

Namun, bagi musim ini terdapat perubahan dalam pendekatan Arsenal terhadap rentak permainan mereka.

Arsenal kini lebih gagah atur langkah

Pada musim lepas, Arsenal mempamerkan atur gerak yang lebih kemas dalam permainan. Musim ini mereka mempamerkan kekuatan yang sebelum ini jarang dilihat di bawah pengurusan Arteta.

Arteta telah membawa fleksibiliti dan kestabilan taktikal kepada pasukannya musim ini, dengan mempunyai sekurang-kurangnya dua pemain di setiap posisi.

Pemilihan penjaga gawang baru, David Raya, bagi perlawanan di Goodison Park minggu lalu menunjukkan bahawa Arteta bersedia menurunkan penjaga gol yang berbeza berdasarkan ancaman khusus dari pihak lawan.

Ini mencerminkan kebolehsuaian yang tidak begitu ketara pada musim lalu dan boleh menjadi aset berharga, dan unik, dalam perlawanan sengit pada masa hadapan.

Dengan Gabriel Martinelli mengalami kecederaan dan akan terlepas perlawanan menentang Spurs, Arsenal masih mampu bergantung kepada Leandro Trossard untuk memporak-perandakan dan menimbulkan masalah kepada benteng pertahanan Spurs.

Spurs mungkin telah mengukuhkan bahagian tengah mereka dengan mendapatkan tenaga bekas pemain Leicester City, James Maddison.

Bagi Arsenal pula, mereka akan berharap bahawa pembelian £105 juta ($181 juta) mereka juga mampu menyinarkan bintangnya.

Gandingan Rice-Odegaard kebalkan ‘midfield’ Arsenal

Declan Rice sudah biasa berdepan dengan Spurs dalam perlawanan ‘derby’. Beliau akan memainkan peranan penting dalam membantu Arsenal meneruskan permulaan yang hebat musim ini.

Rice terbukti menjadi pemain utama dan sebahagian daripada tunggak Arsenal selepas tiba dari West Ham musim panas ini.

Beraksi di tengah padang, beliau jarang mendapat pujian yang wajar diberikan kepadanya.

Pergerakan beliau ketika bola berada di kakinya, mahupun ketika sedang mengejar bola, belum terlihat kelemahannya.

Beliau seperti mengetahui ke mana arah bola seterusnya, memintas hantaran daripada pemain lawan dan membaca permainan dengan sempurna.

Dengan Martin Odegaard di sampingnya, kedua-dua pemain itu kelihatan seperti sudah faham gerakan dan permainan masing-masing.

Mereka telah mengubah bahagian tengah Arsenal dan menjadikannya hampir mustahil untuk lawan menembusi tengah padang.

Selepas hanya lima perlawanan harga yang dibayar Arsenal untuk mendapatkan Rice kelihatan berbaloi.

Penyokong kedua-dua pasukan, dan juga peminat neutral, pastinya mengharapkan perlawanan ‘derby’ London Utara yang sengit, yang diharapkan juga dapat memulakan kempen pasukan masing-masing dan membuktikan bahawa mereka boleh menjadi pencabar yang layak untuk merebut takhta EPL daripada Manchester City.


Walau apapun, kepada Spurs, silalah masuk (ke kubu Arsenal)...!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >