Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SingaCup tampilkan lebih 130 pasukan belia sembilan negara

Nov 01, 2023 | 03:21 PM



Sebulan sebelum penutupannya, padang di Turf City di Bukit Timah bakal jadi medan bagi belia memperlihatkan bakat dalam bola sepak serantau.

Kejohanan bola sepak belia tahunan, SingaCup, kembali bagi edisi ke-13 selama lapan hari, dari 4 hingga 11 November. 

Lebih 130 pasukan tempatan dan luar negara dijangka turun padang untuk bersaing dalam lapan kumpulan usia yang dipertandingkan bagi kededua pasukan budak lelaki dan perempuan.

Kategori Bawah Lapan Tahun (U-8) dan U-10 akan dimainkan dalam format tujuh pemain sepasukan, manakala U-12 bermain dalam kejohanan sembilan pemain sepasukan.

Kumpulan usia U-14 dan ke atas akan dimainkan dalam format 11 pemain sepasukan.

Kejohanan 11 pemain sepasukan bagi budak perempuan adalah untuk kumpulan usia U-14 dan U-16.

SingaCup anjuran Dynamique Konzepts itu akan diadakan di The Cage Sports Park dan The Rainforest Sports Hub – kededuanya terletak dalam Turf City.

Pengurus pembangunan perniagaan Dynamique Konzepts, Ng Tiong Hian, berkata:

“Adalah hebat bahawa industri acara tempatan kini kembali ke tahap normal pra-pandemik dan kami berbesar hati mengalu-alukan lebih 130 pasukan ke SingaCup untuk tahun ke-13 kejohanan kami.

“Kami bangga SingaCup akan menjadi acara sukan berskala besar terakhir yang akan diadakan di The Cage Sports Park di Turf City.”

Tapak Turf City telah dikenal pasti untuk kegunaan kediaman pada masa hadapan dalam Pelan Induk 1988 pemerintah.

Turf City pada sepatutnya diserahkan kembali ke negara pada akhir 2020, tetapi dua tempoh lanjutan 18 bulan berturut-turut telah diberikan.

Tempoh lanjutan terakhir adalah dari Jun 2022 hingga 31 Disember 2023.

Pada 2022, edisi ke-12 kejohanan itu menyaksikan 105 pasukan mengambil bahagian, dengan 86 daripadanya adalah pasukan dari Australia, India, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Edisi 2023 pula akan menampilkan pasukan dari sembilan negara, termasuk Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Nepal, Filipina, Singapura dan Thailand.

Pengarah kejohanan SingaCup, P Selvakumar, berkata bahawa lebih 70 peratus penyertaan SingaCup lazimnya merangkumi pasukan luar negara.

“Sebagai kejohanan tetap dalam kalendar bola Singapura dan ekosistem pembangunan bola sepak belia serantau, SingaCup berbangga menjadi acara masyarakat yang memupuk hubungan antarabangsa yang kukuh.

“Ia menyediakan peluang untuk pasukan tempatan dan luar negara bersaing dengan rakan sebaya antarabangsa dengan semangat permainan yang adil dan semangat kesukanan dalam persekitaran yang menyeronokkan yang mempunyai rasa pesta bola sepak yang sebenar.

“Kami berharap dapat memberikan The Cage Sports Park sambutan selamat tinggal besar-besaran yang sepatutnya,” tambah beliau.

SingaCup turut disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >