Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs gagal rapatkan jurang di kedudukan empat teratas

Apr 03, 2024 | 01:36 PM



LONDON: Seandainya perlawanan bola sepak dapat dikawal dengan menggunakan konsol kawalan seperti permainan video, ia merupakan sesuatu yang ideal buat Tottenham Hotspur setelah ia terikat 1-1 dengan West Ham pada 3 April.


Demikian dinyatakan pengurus Spurs, Ange Postecoglou, setelah anak buahnya terlepas peluang untuk mara ke empat tangga teratas Liga Perdana England (EPL) susulan keputusan seri itu.

Pemain midfield Spurs, Brennan Johnson, meletakkan pasukannya di depan selepas lima minit, tetapi West Ham menyamakan kedudukan apabila Kurt Zouma menanduk masuk dari sepakan sudut pada minit ke-19.

Walaupun Spurs menguasai 68 peratus perlawanan, pasukan itu hanya berjaya membuat empat sepakan tepat pada sasaran, termasuk gol pembukaan Johnson.

Skuad kendalian Postecoglou kekal di tangga kelima, dua mata di belakang Villa dan beliau berkata pasukannya terlepas “kejelasan pemikiran” dalam serangan.

Beliau berkata: “Pemain hanyalah manusia biasa, itulah bola sepak.

“Saya ingin punyai konsol kawalan permainan dan meletakkannya di tempat yang saya inginkan (seperti dalam permainan video) tetapi bola sepak tidak berfungsi seperti itu.

“Peranan saya ialah cuba membantu mereka melalui episod ini. Ada masanya, kami mempunyai lebih banyak masa daripada apa yang kami fikirkan.

“Kami jaringkan gol yang hebat tetapi ada kalanya bola berada di kawasan yang sepatutnya kami manfaatkan. Ia adalah antara perkara yang perlu kami usahakan.”

West Ham kekal di tempat ketujuh kerana kedua-dua Newcastle dan Wolves gagal memenangi perlawanan masing-masing.

Pengurus West Ham, David Moyes, menyatakan beliau mahu pemainnya bangkit susulan kekalahan 4-3 di tangan Newcastle pada 30 Mac.

Beliau menjelaskan: “Saya benar-benar fikir kami tidak layak untuk ketinggalan mata. Tetapi pemain berikan prestasi yang baik.

“Spurs pasukan yang baik dan itulah sebabnya Spurs bersaing dalam Liga Juara-Juara. Mungkin keputusan seri adalah keputusan yang tepat pada akhirnya.

“Saya pasti selepas cara kami bermain pada hujung minggu (sebelum ini), untuk melihat cara pertahanan bermain di sini, kami kelihatan lebih teratur.

“Kami mempunyai set-piece, kami mempunyai peluang, jadi secara keseluruhan diharapkan ia dapat menyuntik keyakinan baik kepada kami.”


Gawang West Ham dibolosi 55 kali dalam musim EPL kali ini, jumlah yang sama dengan seluruh musim 2022/23.

Namun apa yang jelas, nampaknya terdapat ‘percikan’ semangat yang membadai anak buah Moyes kali ini, dicetuskan oleh Bowen yang mengangkat tangannya sambil memberi isyarat penumbuk kepada penyokong pihak lawan tatkala meraikan gol penyamaan Zouma.

West Ham bakal berentap dengan Wolves pada 6 April di padang lawan manakala Spurs menjadi tuan rumah kepada Nottingham Forest pada 8 April. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >